• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Akan Jadi ‘Singa’ Dalam Dewan Rakyat – KJ

oleh Ahmad Albab
29/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin akan memastikan UMNO menjadi ‘singa’ untuk rakyat Malaysia bagi menuntut janji 100 hari kerajaan Pakatan Harapan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata sekiranya terpilih memegang jawatan tertinggi dalam parti itu, beliau akan pastikan UMNO menjadi sebuah parti yang kuat dan bersedia dengan barisan menteri kabinet bayangan sebelum memasuki persidangan Dewan Rakyat.

“Kita kena cepat pulihkan UMNO selepas 30 Jun ini. Dua minggu lagi kita akan bersidang di Dewan Rakyat. Saya kalau menang (jawatan presiden UMNO) perkara yang pertama kita susun barisan kita dalam Dewan Rakyat.

“Kita masuk Dewan Rakyat bukan sebagai parti yang kalah tetapi sebagai parti kedua yang terbesar dalam Dewan Rakyat. Jangan kita buat sedih…menyerah kalah. Belum apa-apa lagi nak cakap oh saya akan berunding dengan parti lawan supaya kita dapat minta nyawa daripada mereka. Kita parti yang ada maruah, ada harga diri.

“Kalau kita nak berunding pun, kalau orang nak berunding dengan kita biar dia berunding dengan singa yang sudah mengaum dalam Dewan Rakyat…mengaum untuk rakyat Malaysia,” katanya berucap pada Sesi Ramah Mesra Bersama Khairy Jamaluddin, di sini malam ini.

Justeru, Khairy berkata UMNO perlu bangkit dan mendapat semula sokongan orang Melayu sekali gus mengambil kembali tampuk pemerintahan negara.

“Sebab itu saya nak kita bangkit, bangun sebagai parti untuk memastikan bahawa UMNO ini parti bermaruah dan parti yang dipandang dengan hormat oleh lawan dan juga kawan. Saya mahu supaya kita dapat merayu kepada seramai mungkin orang Melayu untuk kembali bersama dengan perjuangan UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut memberi jaminan tidak akan meninggalkan UMNO sekiranya gagal dalam pemilihan UMNO Sabtu ini dan akan terus bersama serta setia dengan parti itu dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

“Ada isu yang kata kalau saya kalah saya akan keluar UMNO. Ada juga yang kata saya bertanding jawatan presiden hanya untuk pecah undi. Tiada rundingan untuk pecah undi. Kalau saya lompat parti Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) akan tampar saya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd