Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Isu Balak: Perdasama Sokong...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) memuji Ketua Menteri...

PTPTN Tutup Tirai 2019...

KUALA LUMPUR - Biarpun berdepan suasana ekonomi tidak menentu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi...

PM Setuju, Kamu Sibuk...

AYER KEROH - Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pihak yang mempertikaikan keputusannya untuk...

Pelajar Maut, Rakan Cedera...

SUNGAI PETANI - Seorang pelajar sebuah institut pertanian di Pulau Pinang maut manakala...

TRX Buat Laporan Berhubung Penggelapan Dana

KUALA LUMPUR – TRX City Sdn. Bhd. hari ini memaklumkan bahawa ia telah membuat laporan polis pada 22 Jun di Balai Polis Jalan Travers di sini berhubung pemindahan dana TRXC​​​​​​​ kepada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Dalam kenyataan, ia berkata, pemindahan itu dibuat berasaskan arahan daripada 1MDB dan telah​​​​​​​ dialihkan​​ ​​​​daripada kegunaan yang dihasratkan mereka, iaitu untuk projek Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia.

“Sejumlah kira-kira RM3 bilion telah dipindahkan daripada TRXC kepada 1MDB antara pertengahan 2012 hingga awal 2017, ketika ia merupakan anak syarikat 1MDB, atas pemahaman pindahan tersebut akan dibayar balik kepada TRXC,” menurut TRX City.

Laporan polis itu dibuat susulan pengumuman oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semasa sidang media di Putrajaya minggu lepas.

TRX City berkata pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TRX

Kategori