Sample Page Title

ANEH… Ketika banyak negara membangun lebih selesa dengan mata wang yuan dari China yang merupakan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia selepas Amerika Syarikat (AS), lain pula Malaysia!

Semalam media antarabangsa gempar apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed terpaksa ‘mengemis’ di Jepun untuk memohon pinjaman dalam mata wang yen konon hanya bagi menyelesaikan hutang negaranya sendiri.

Beliau beri dalih konon kerajaan Jepun boleh diajak berbincang untuk kadar faedah rendah, sekali gus mengulangi era zaman beliau berhutang dengan negara itu ketika menjadi perdana menteri keempat selama 22 tahun dahulu.

Justeru, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Shahril Suffian Hamdan menerusi catatan akaun sosial Facebooknya meluahkan perasaan hairan tindakan pelik Mahathir berbuat demikian sehingga jadi bahan jenaka media di dunia.

Untuk rekod, dari segi perbandingan kedudukan hutang kerajaan, Malaysia setakat ini hanya menanggung hutang sebanyak RM686 bilion dan ia jauh bezanya berbanding Jepun pula yang berhutang mencecah lebih RM37 trilion.

Ujarnya, apa agak janggal adalah kerana hampir semua hutang kerajaan Malaysia selama ini adalah dalam bentuk ringgit dan hanya dua peratus daripada RM700 bilion hutang kerajaan itu dalam mata wang asing termasuk yen.

Kedua, risiko untuk negara muflis lebih tinggi apabila Malaysia pinjam dalam mata wang asing seperti yen kerana terdedah kepada naik turun kadar tukaran mata wang antara ringgit-yen dan juga perubahan kadar faedah di Jepun.

Baca: Malaysia ‘Mengemis’ Minta Kredit Yen Daripada Jepun

Juga: Mahathir Pelawa Jepun Atasi China Pula ‘Jajah’ Malaysia

Dan: Akibat Takut Jepun, Mahathir ‘U-Turn’ Tunda HSR Pula!

Ketiga, negara kita tidak muflis apabila pinjam dalam mata wang sendiri kerana pengeluaran ringgit dikawal Bank Negara Malaysia (BNM), jadi tidak timbul isu negara akan muflis kerana 98 peratus hutang kerajaan dalam ringgit.

“Hutang kerajaan ni bukan macam hutang kita seharian, sama ada individu atau isu rumah,” jelas Shahril dan menegaskan, dalam bahasa mudahnya, si individu jikalau berhutang, memang pun tidak ada banknya sendiri.


Tetapi kerajaan ada bank sendiri yang diwartakan melalui akta Parlimen dan bank pusat tersebut boleh sahaja ‘cetak’ ringgit pada bila-bila masa namun tidak perlu terlalu ghairah sehingga kadar inflasi menjadi amat tinggi.

Sebab itu secara teknikalnya tambah Shahril, sesebuah kerajaan mana-mana dunia pun tidak akan boleh ‘default’ atau diisytiharkan sebagai jatuh muflis akibat daripada hutang mata wang negara yang ditanggungnya itu sendiri.

Sebab keempat yang cukup menghairankan banyak pihak katanya, negara masih berhutang berbilion-bilion ringgit kepada Jepun dan hutang bilateral (dua hala) ini dibuat sekitar tahun 1990-an untuk projek prasarana khusus.

Ini termasuk projek pembangunan luar bandar, pembinaan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, projek Empangan Beris, projek pembangunan Universiti Malaysia Sarawak dan banyak lagi dibuat ketika era Mahathir.

Tindakan Mahathir menimbulkan banyak persoalan daripada penyelesaian. Jika pinjaman daripada kerajaan Jepun dibuat untuk projek pembangunan, tidak mengapa tetapi ini katanya dibuat konon untuk selesai hutang kerajaan.

“Ia asalnya dalam mata wang ringgit itu sendiri. Harap ada pencerahan daripada pakar-pakar ekonomi kerajaan yang bijaksana, Majlis Penasihat hebat-hebat belaka, kami harap mereka dapat jelas,” ujar Shahril dalam nada sinis.

Dilaporkan pada sidang media di Tokyo semalam, Mahathir telah ‘tagih’ ihsan Jepun untuk beri kredit yen (baca: pinjaman) kepada Malaysia dengan kadar faedah yang dibayar balik lebih 40 tahun – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...