Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Maut Jatuh Dari...

Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh bangunan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor...

ZPP Jawab Isu Pemimpin...

BUKIT MERTAJAM - Zakat Pulau Pinang (ZPP) menjelaskan proses pengagihan dan penyerahan kit...

Gempar Jumpa Cuping Telinga...

Yorkshire - Orang ramai gempar selepas sebelah cuping telinga yang ditindik dengan subang...

Video: Kecoh Gadis Histeria...

BARU-BARU ini, viral di laman Twitter video mengenai seorang gadis tiba-tiba histeria ketika...

THM: Gaji, Emolumen Agong Dikurangkan 10 Peratus

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memperkenankan supaya peruntukan gaji dan emolumen baginda dikurangkan sebanyak 10 peratus sepanjang pemerintahannya sehingga 2021.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata, pengurangan itu dizahirkan berikutan Sultan Muhammad prihatin terhadap tahap hutang dan keadaan ekonomi negara.

“Baginda amat tersentuh dan menzahirkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bermurah hati menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia yang diwujudkan kerajaan baru-baru ini.

“Baginda Tuanku juga ingin bersama rakyat menunaikan tanggungjawab baginda dengan bertitah perkenan supaya gaji dan emolumen baginda dikurangkan 10 peratus sepanjang pemerintahan baginda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Sultan Muhammad bertitah supaya Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri tahun ini tidak diadakan di Istana Negara dengan peruntukkan majlis itu digunakan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.


Sebelum ini, bekas Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin dalam dalam catatan blognya antara lain mendakwa kerajaan memperuntukkan RM256.9 juta dari Januari hingga April tahun ini untuk perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan itu dibidas Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berpandangan walaupun hak menyuarakan pandangan perlu dihormati, wartawan veteran itu perlu menunjukkan penghormatan dan ketertiban, manakala kritikan dibuat tanpa memberi peluang institusi Raja-Raja Melayu menjawab.

Susulan daripada itu, Kadir meletakkan jawatannya sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat berkaitan peranannya dalam Majlis Penasihat Kerajaan serta pandangan beliau dalam blog dan kolum mingguan di akhbar Sinar Harian. – myMetro Online

Kategori