• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terkesan Dengan Skrip ‘Pulang’, Remy-Bapa Berbaik

oleh
27/06/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERKESAN dengan skrip filem Pulang, pelakon Remy Ishak mengakui bahawa dia tersentak selepas membaca skrip berkenaan pada sekitar dua tahun lalu.

Filem berkisahkan tentang hubungan kekeluargaan yang mana seorang jejaka telah kehilangan bapa telah membantu Remy untuk berusaha memulihkan hubunganya bersama bapanya.

“Ibu dan bapa saya bercerai ketika umur saya 13 tahun. Bapa saya seorang yang garang sebab dia bekas askar. Selepas mereka berpisah, saya tak berhubung dengan dia.

“Apabila saya baca skrip dan jalan cerita filem Pulang, saya dapat rasakan bagaimana kehilangan seorang bapa. Dari situ, saya mula merapatkan diri dengan bapa saya,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Semenjak itu, Remy dan bapanya sudah mula rapat sehingga kini. Baginya juga, sesetengah karya boleh membuatkan seseorang itu menjadi lebih baik.

Sebelum ini, pelakon berusia 36 tahun itu akui bahawa dia belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga disebabkan tidak mahu merasai pengalaman seperti kedua ibubapanya yang pernah bercerai.

Selain itu, dia juga berkongsi beberapa pengalaman serta cabaran sepanjang memegang watak sebagai Othman di dalam karya hebat Kabir Bhatia itu.

REMY DAN TUNANGNYA.

Remy perlu menurunkan berat badannya daripada 76 kilogram kepada 69 kilogram sepanjang penggambaran filem berkenaan berlangsung.

“Saya memang perlu menurunkan berat badan untuk watak Othman. Tapi hanya dalam turunkan lebih kurang 7 kilogram.

“Kalau ikutkan nak kurus lagi tapi tak cukup masa. Itupun berat saya turun sebab bekerja keras ketika jalani penggambaran filem itu,” tambahnya lagi.

Antara pelakon hebat lain yang membintangi filem Pulang dibawah terbitan Primeworks Studios itu ialah Puteri Aishah, Fatimah Abu Bakar, Azrel Ismail, Erwin Darson, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.

Anggaran kos yang dikeluarkan oleh pihak produksi bagi menjayakan filem tersebut ialah sebanyak RM6 juta.

Pada 26 Julai nanti, penonton bakal menyaksikan filem berkisahkan tentang kehidupan seorang lelaki dari Serkam, Melaka yang berlayar ke serata dunia itu di pawagan seluruh Malaysia. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Remy Ishak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Remy Ishak Mengaku Alami Depresi, Sedang Berubat

18/10/2019
0

SIAPA sangka, pelakon popular Remy Ishak mengaku mempunyai masalah depresi sehingga menyebabkan beliau enggan keluar dari rumah. Pelakon utama filem Sangkar itu...

Remy Ishak Dedah Sudah Putus Tunang

20/03/2019
0

PELAKON Remy Ishak mendedahkan dia dan tunangnya, Ezza Yusof sudah memutuskan tali pertunangan sejak sebulan lalu. Tidak mahu terlalu memperincikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd