Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kursus Perdana Haji TH...

KUALA LUMPUR : Kursus Perdana Haji Musim 1442H/2022M anjuran Lembaga Tabung Haji (TH)...

2 Artis Indonesia Disyaki...

JAKARTA - Dua artis wanita Indonesia ditahan dipercayai terbabit dalam pelacuran secara dalam...

Kes Culik Pelajar Politeknik...

DUNGUN - Teka-teki mengenai kes culik membabitkan seorang pelajar Politeknik dari Johor seperti...

Nepal Haramkan OKU Mendaki...

NEPAL kini dikhabarkan dalam usaha untuk mengharamkan orang kurang upaya (OKU) daripada mendaki...

Remy Ishak Mengaku Alami Depresi, Sedang Berubat

SIAPA sangka, pelakon popular Remy Ishak mengaku mempunyai masalah depresi sehingga menyebabkan beliau enggan keluar dari rumah.

Pelakon utama filem Sangkar itu mendedahkan situasi yang dilaluinya menerusi akaun Instagram peribadinya.

“Keadaan ini merumitkan dan saya tak tahu apa yang sedang berlaku pada diri saya sendiri.

“Sejak beberapa minggu lalu saya sedar saya telah melakukan perkara yang bukan atas kehendak sendiri. Hati tak gembira, suka bersendirian, susah membuat keputusan dan saya tidak mahu keluar rumah.

“Pada masa sama, saya mengalami mood swing, rasa sedih amat sangat, mula berfikir negatif, cepat marah dan tidak mahu keluar rumah sebab takut naik angin.

“Tetapi apabila tinggal di rumah saya akan rasa sedih sangat, perasaan itu bercelaru,” katanya menerusi rakaman video IG Live di Instagramnya pagi tadi.

Disebabkan isu itu, Remy turut mengakui mula mengambil beberapa jenis ubat yang digunakan untuk menenangkan diri.

Selepas dia dinasihatkan oleh kenalan dan keluarganya, Remy akhirnya bersetuju untuk melakukan rawatan daripada kaedah perubatan Islam.

“Keluarga saya sudah lama perasan perubahan saya dan mereka nasihatkan saya untuk berjumpa ustaz.

“Kemudiannya saya berjumpa seorang ustaz dan menerusi bacaan ayat al-Quran dan surah Rukyah, tiba-tiba ada satu benda kawan badan saya. Saya pun terperanjat! Tetapi saya tak boleh bercakap.


“Saya tak boleh bergerak, badan saya seperti terkunci dan benda itu mengawal diri saya.

“Dia mula menangis, selepas itu dia gelak dan mengilai panjang.

“Apabila berubat dan saya sendiri sedar serta dapat rasakan ada tenaga lain kawal dan mula bercakap, semua pandangan mengenai saya depresi hilang,” tambahnya.

Setelah itu, sesi IG Live berkenaan dihentikan Remy dan dia berjanji untuk berkongsi kisah selanjutnya nanti.

Dalam sesi sama, Remy juga memberitahu dia akan menemui pakar psikiatri untuk berunding lebih lanjut dari sudut perubatan moden.

Remy juga tampil memuat naik posting menerusi ruangan Instastories peribadinya untuk bercerita mengenai ilmu sihir dan keluarganya.

“Aku dah tahu semua benda yang kau dah buat. Kalau ada perkara buruk jadi pada keluarga melibatkan sihir, aku tahu apa patut buat,” tulis Remy seolah-olah memberikan amaran.

Remy juga memuat naik gambarnya memegang senaskhah al-Quran sambil membaca surah Asy-Syams yang merujuk pada bacaan ayat bagi mengelak diri dikhianati. – Astro Gempak

Kategori