Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

RapidKL Lanjut Waktu Operasi...

KUALA LUMPUR – Waktu operasi perkhidmatan LRT, MRT dan bas di beberapa stesen terpilih...

Peniaga Miri Nyaris Mangsa...

MIRI - Seorang ahli perniagaan di sini hampir menjadi mangsa Macau Scam apabila...

PRK Pelangai: BN Kekal...

Bentong : Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada...

Polis Tumpas Sindiket Dadah...

GEORGE TOWN - Polis membongkar sebuah makmal dadah dan melumpuhkan satu sindiket tempatan...

Terharu, Rosmah Sebak Terima Kunjungan Penyokong

ISTERI bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak dapat menahan perasaan sebak sehingga menitiskan air mata apabila menerima kunjungan daripada pelbagai pihak yang ingin menyatakan sokongan kepadanya.

Sinar Harian melaporkan, suasana hiba mengiringi pertemuan antara Rosmah bersama badan bukan kerajaan (NGO), ahli-ahli UMNO serta beberapa artis tanah air yang tidak putus-putus memberikan kata semangat di kediamanya di Taman Duta, semalam.

Antara yang hadir dalam kunjungan itu adalah Persatuan Kebajikan Insan Mulia yang diwakili presidennya Aminah Abdullah, yang merupakan kenalan rapat Rosmah sejak 11 tahun lalu, bersama 50 tetamu lain.

Pertemuan itu pada awalnya hanya bersama Rosmah namun, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut serta selepas 40 minit sesi berkenaan.

Aminah berkata, beliau mengumpulkan sokongan berkenaan mengambil semangat ketika reformasi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Bekas wanita PKR itu berkata tekanan dilalui Rosmah dan suaminya Datuk Seri Najib Razak pernah dihadapi Anwar pada satu ketika dahulu.

“Saya masih ingat perkara pertama yang Datin Seri Rosmah memberi reaksi pada saya ketika saya hubunginya berhubung siasatan SPRM, beliau dengan tenang berkata untuk apa dia takut kerana dia tidak salah.


“Jadi beliau sekeluarga memerlukan sokongan ramai kerana berdepan situasi sekarang ini. Sokongan ini akan berterusan, dan saya akan bawa lebih ramai agar Najib dan Rosmah lebih bersemangat,” katanya seperti dipetik portal berita itu.

Rosmah menjadi perhatian media apabila hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa lalu bagi membantu siasatan kes berhubung SRC International Sdn. Bhd.

Pada bulan lalu pula, Najib turut dipanggil ke ibu pejabat SPRM sebanyak dua kali bagi memberi keterangan siasatan kes yang sama.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini pada 2016 mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International. – MYNEWSHUB.CC

Kategori