• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tart Nanas Gulung Ungguli Carta Biskut Raya

oleh Ahmad Albab
07/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Menjelang Aidilfitri pelbagai jenis biskut raya pastinya menjadi pilihan sama ada tradisional mahupun moden setiap satunya tetap memiliki keistimewaan antaranya tart nanas yang boleh dikatakan tak lengkap meja hidangan jika tidak diserikan dengan sajian biskut ini pada hari lebaran.

Peredaran zaman menyaksikan tart nanas mengalami pelbagai transformasi dari segi rupa bentuk dan rasa, namun bagi penggemar biskut berkenaan, tart nanas gulung tetap mengungguli pilihan pelanggan.

Menurut Pengurus Huzaifah Cookies Cawangan Bayam, Juwairiah Mohd Isa, 21, walaupun kini terdapat lambakan pelbagai jenis biskut raya moden di pasaran, namun permintaan terhadap tart nanas gulung mengatasi permintaan biskut lain.

“Bagi memenuhi permintaan pelanggan, tart nanas gulung sahaja sudah mencecah lebih 200,000 biji dibuat untuk jualan sepanjang bulan ini.

“Walaupun terdapat lebih 40 jenis biskut yang ditawarkan di kedai kami, termasuk tart nanas cheese , tart nanas samperit, tetapi biskut lain masih tidak mampu mengalahkan permintaan terhadap tart nanas gulung,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau menggunakan khidmat 20 pekerja bagi menyiapkan biskut berkenaan termasuk yang ditempah pemborong termasuk dari Sabah, Pahang, Terengganu dan Pulau Pinang.

Pengusaha Syadian Bakery and Cookies, Syadian Che Hussin, 25, turut mengakui permintaan tinggi terhadap tart nanas gulung dan pernah mendapat tempahan sehingga mencecah 12,000 biji dalam masa tiga hari tempahan dibuka berbanding biskut lain.

“Kulit kuih yang lembut, gebu serta cair dalam mulut dan intinya yang terasa kemanisan buah nanas menjadikan ia antara biskut yang menjadi hidangan tetap pelanggan untuk menjamu tetamu setiap kali sambutan Aidilfitri,” katanya.

Perkara itu turut dikongsi Pengusaha Biskut Raya Paling Laris, Aznizan Yusof, 41, yang berkata tart nanas gulung antara kuih yang terlaris dibeli pelanggan di kedainya.

“Walaupun saya menjual hampir 200 jenis biskut lain antaranya Wakana, Hawaiian Coconut serta Almond Crunchy akan tetapi tart nanas gulung tetap menjadi pilihan pembeli,“ katanya yang menambah populariti tart nanas gulung turut mengatasi tart nanas kiub yang tular tahun ini.

Katanya selain berbeza dari segi tekstur, inti nanas dalam tart gulung lebih padat malah kulit biskutnya lebih gebu berbanding tart nanas kiub.

Peminat tart nanas gulung Naimah Romlee, 36, berkata biskut itu menjadi pilihan beliau kerana rasanya yang unik dan asli, menjadikannya menu ‘wajib’ untuk keluarganya menyambut lebaran. – BERNAMA

Tags: kuih raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuih Raya Yang Semakin Jarang Kita Temui…:

Kuih Raya Yang Semakin Jarang Kita Temui…:

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  🍪 Kuih Tradisional Yang Jarang Ditemui - Ada, tetapi susah sikit nak jumpa. 1. Kuih Batang Buruk Isi...

Awas! Kuih Raya Pun Boleh Jadi Punca Sakit Perut

15/06/2018
0

MERIAH... Sambutan Hari Raya Aidilfitri boleh dianggap sebagai hari kemenangan bagi umat Islam di seluruh dunia selepas tabah menunaikan ibadah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd