• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Ditahan Polis, Bayi Masih Kritikal

oleh
27/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUSPEK yang mencampakkan bayi lelaki yang baru sahaja dilahirkan dari tingkat dua sebuah bangunan di Hentian Kajang, Kajang, semalam telah ditahan polis, manakala bayi terbabit dalam keadaan kritikal.

Lapor Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd. Sabri Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.32 petang.

Tambahnya, pihak polis telah menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 20-an di perkarangan Hospital Kajang, 11.30 malam tadi berikutan hasil siasatan yang dijalankan.

“Permohonan reman terhadap suspek dibuat di Hospital Kajang, pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” katanya.

Wanita yang dipercayai pekerja kilang itu kini direman tujuh hari sehingga Ahad depan.

Sementara itu, bayi lelaki berkenaan berada dalam keadaan kritikal setelah dicampakkan oleh ibunya sendiri.

Saksi kejadian, Thayalan Paliandy, 33, telah membawa bayi tersebut ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke Hospital Kajang.

Dia segera mencapai apron yang bersidai di premis terbabit untuk membalut bayi yang masih bertali pusat berkenaan.

“Saya melihat kaki dan tangan bayi itu biru serta ada darah di kepala dan hidung selain ada kesan calar di bahunya. Tanpa berfikir panjang, saya terus berlari ke depan restoran dan menahan van kilang, lalu mengarahkan pemandunya untuk membawa saya ke klinik berhampiran.

“Sepanjang mendukung bayi itu, saya rasa panik dan badan menggigil apabila melihat keadaannya seperti susah bernafas. Saya risau tidak sempat menyelamatkan nyawanya dengan membawanya ke klinik yang terletak kira-kira 200 meter dari restoran berkenaan,” katanya yang juga peniaga.

Bayi tersebut ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang dan doktor memaklumkan bayi tersebut dalam keadaan kritikal.

“Difahamkan, bahu kanan bayi itu patah dan dia turut mengalami pendarahan di bahagian kepala,” katanya Ajey lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bayidicampakSuspek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd