• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Strategi Baharu JPJ Dalam Op Sempena Aidilfitri Berkesan

oleh Ahmad Albab
25/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Strategi baharu yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu Pendidikan, Pencegahan dan Penguatkuasaan dalam operasi sempena Aidilfitri tahun ini memberi impak positif terutama dalam mengurangkan kemalangan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata strategi itu antara lain melibatkan penyamaran dalam bas, risikan di terminal bas dan lokasi serta rondaan bermotosikal di jalan raya.

Katanya pendekatan itu dianggap berkesan berdasarkan kepada penurunan pelbagai saman iaitu sebanyak 19 peratus atau 30,820 berbanding 37,913 saman direkodkan dalam tempoh sama operasi tahun lepas.

“Tahun ini kita memperkenalkan operasi secara penyamaran pegawai JPJ sebagai penumpang dalam bas ekspres dan telah mengeluarkan 139 saman terhadap pemandu daripada 658 buah bas.

“Kita juga melakukan pemeriksaan di semua terminal bas seterusnya mendapati seramai 11 pemandu bas gagal ujian air kencing dan jika didapati bersalah, lesen mereka akan ditarik,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan trafik melalui udara di sekitar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) Tapah arah Utara di sini, hari ini.

Menurut Shaharuddin, penguatkuasaan rondaan motosikal dalam tempoh dua minggu operasi bermula 8 Jun lepas turut mengeluarkan sebanyak 5,341 saman atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan cukai jalan kenderaan tamat tempoh.

Katanya sebanyak 200 motosikal JPJ telah digerakkan bagi melakukan rondaan di kawasan panas kemalangan.

“Ini termasuk juga kita melakukan op motosikal khas pada 12 dan 13 Jun yang menyaksikan 4,400 saman dikeluarkan daripada 25,304 motosikal yang diperiksa dalam tempoh dua hari itu,” katanya.

Dalam pada itu Shaharuddin berkata sebanyak 35,948 saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) telah dikeluarkan dalam tempoh operasi berlangsung sehingga hari ini.

“Saman tersebut melibatkan dua kesalahan iaitu melebihi had laju sebanyak 33,727 saman dan melanggar arahan lampu isyarat (2,221 saman).

“Kesalahan ini didapati banyak dilakukan di kawasan bandar melibatkan memandu laju dan langgar lampu isyarat,” katanya

Ketika ini terdapat 47 kamera AWAS beroperasi di seluruh negara termasuk 17 daripadanya yang diletakkan di lebuh raya. – BERNAMA

Tags: JPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd