Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

UPM Ungguli Anugerah Harta...

KUALA LUMPUR - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menggondol tempat pertama bagi Kategori...

Mahathir Dibenarkan Keluar IJN,...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari...

Angkara Cemburu Suami Suka...

Switzerland – Angkara cemburu, seorang wanita berusia 50 tahun, dikenakan hukuman denda £6,000...

Lelaki AS Bunuh Adik-Beradik,...

PHOENIX, Arizona – Seorang lelaki yang bergaduh dengan dua saudara lelakinya kerana isu...

Skandal ECM Bakal Jerat KJ Sebagai Kes 1MDB Ke-2

PERANGKAP… Bagi pengamat politik tanah air, nama Khairy Jamaluddin pernah dikenang kerana pelbagai isu panas menyebabkan Barisan Nasional (BN) hampir hilang kuasa sepuluh tahun dahulu.

Antara paling kontroversi ialah skandal ECM Libra yang hampir muflis tetapi tiba-tiba kembali ‘bernyawa’ setelah bergabung dengan syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Incorporated) iaitu Avenue Capital.

Kes itu berjaya dimanipulasi oleh jentera maya pembangkang (kini kerajaan Pakatan Harapan – PH) yang ketika itu dikenali sebagai Pakatan Rakyat (dibubar pada 2016) semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 sekitar tahun 2008.

BN kehilangan majoriti dua pertiga buat julung kalinya malah pembangkang selain kekal di Kelantan, turut mampu rampas Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak (namun negeri ini ditawan semula oleh BN setahun kemudian).

Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang memikul beban kekalahan itu berundur pada 2009 digantikan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN bertahan pada PRU ke-13 sebelum tewas pada PRU ke-14 lalu.

Jika diamati balik skandal ECM Libra, jalan cerita macam kes 1MDB yang menjadi antara faktor Najib kalah pada PRU bulan lepas, tetapi bezanya, sayap pelaburan strategik kerajaan itu sebenarnya tiada isu tetapi dijadikan isu.

Manakala ECM Libra memang ada isu, namun berjaya ditutup kerajaan ketika itu waima menimbulkan pelbagai tanda tanya pelbagai pihak apabila ia dapat Avenue Capital dengan harga yang amat murah daripada pasaran.

Ini berlaku hanya beberapa bulan selepas Khairy membeli saham ECM Libra, bahkan transaksi itu mencetuskan banyak soalan cepumas apabila beliau mengakui beli melalui pinjaman daripada ahli lembaga pengarah yang lain.

Bukankah aneh Khairy yang secara kebetulan merupakan menantu Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada ketika itu; boleh diberikan pinjaman istimewa oleh anggota lembaga pengarah syarikat ECM Libra sendiri.

Uniknya, beberapa bulan selepasnya, Abdullah dilaporkan meluluskan penggabungan ECM Libra yang hampir bankrap dengan sebuah syarikat milik kerajaan Malaysia yang sedang berkembang pesat iaitu Avenue Capital.

Ramai penganalisis ekonomi menilai penggabungan itu seumpama ular lidi menelan ular sawa kerana ECM Libra yang kecil menguasai Avenue Capital yang agak besar. Peguam Negara pada waktu itu hanya diam membisu sahaja.


Walhal ia melibatkan urus niaga jutaan ringgit. Secara kebetulan, ada ‘orang kuat’ tokoh politik tertentu terbabit dalam skandal tersebut yang sebelum itu ‘masuk campur tutup mulut’ pihak perbesarkan kes Sime Darby dan E&O.

Justeru, Khairy sebenarnya boleh terpalit sekali lagi dengan skandal dua syarikat bergabung tersebut kerana Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi semula perdana menteri, mudah sahaja eksploit bekas Ketua Pemuda UMNO itu.

Hakikatnya adalah berbahaya jika Khairy terpilih sebagai Presiden UMNO terpaksa ‘tunduk’ kepada bos parti lawan, Mahathir selaku Pengerusi PH yang tahu semua rahsia buruk Ahli Parlimen Rembau ini sejak era Abdullah lagi.

Untuk rekod, Mahathir bijak manipulasi skandal seterunya berjaya ‘guling’ Abdullah pada 2008 dan Najib sedekad kemudian waima pernah sekat karier politik Anwar Ibrahim jadi perdana menteri dengan cipta kes liwat pada 1998.

Jika ini menimpa Khairy yang masih mentah usianya, ia adalah amat malang buat UMNO diterajui ketua mudah dipaksa musuh politiknya untuk jadi Pak Turut dan ‘gadai’ maruah parti keramat itu untuk terus kekal berkuasa.

Tidak hairanlah kenapa Mahathir beria-ria ‘menyokong’ Khairy sebagai Presiden UMNO kerana boleh dijadikan boneka. Persoalannya, wajarkah UMNO dipimpin oleh bos besar yang terpaksa ikut cakap musuh sepanjang masa?

Fikir-fikirkanlah bagaimana Khairy ‘dicucuk hidungnya’ kerana bimbang nasib malang pernah menimpa Abdullah dan Najib itu berulang menjejaskan periuk nasi dirinya pula? Ayuh bangkit tolak calon sebegini! – Mynewshub.cc

Kategori