ENGLAND terpaksa menanggung kekalahan pertama mereka tahun ini selepas Belgium menang 1-0 dalam peringkat penentuan Kumpulan G Piala Dunia 2018.
Adnan Januzaj menghadiahkan gol pada minit ke-51, manakala cubaan Gareth Southgate untuk mengubah keputusan tidak berjaya.
England mempamerkan aksi menyedihkan membuatkan mereka terpaksa berpuas hati di tempat kedua dalam kumpulan.
Skuad itu akan bertemu dengan pemenang Kumpulan H, Colombia dalam baki 16 perlawanan, sementara Belgium pula bakal bertemu Jepun.
Southgate berkata, dia ingin mengekalkan momentum perlawanan dan walaupun ada seorang atau dua pemain menunjukkan perubahaan yang ketara seperti Trent Alexander Arnold, tapi ia tidak begitu membantu.
England juga akan bertemu Switzerland atau Sweden dalam baki lapan perlawanan, tapi sebelum itu pasukan tersebut perlu bertemu dengan Colombia yang mampu meletakkan England dalam bahaya.
Ia akan menjadi ujian yang hebat, tapi tidak dinafikan England kini mempunyai peluang untuk mara ke separuh akhir. – Eurosport/mStar Online