• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPM Ungguli Anugerah Harta Intelek Negara 2017

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menggondol tempat pertama bagi Kategori Organisasi (Pengurusan Harta Intelek Terbaik) bagi Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2017 yang diadakan di Hotel Pullman, di sini hari ini.

Anugerah berkenaan telah diterima oleh Naib Canselor UPM, Datin Paduka Dr. Aini Ideris.

Majlis anugerah yang telah dianjurkan buat kali ke-12 ini bertemakan “Harta Intelek Mensejahtera Kehidupan Rakyat”.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Jamil Salleh.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Datuk Sri Abdul Manan Ismail, serta Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Shamsiah Kamaruddin.

Tahun ini, sebanyak 528 penyertaan yang diterima oleh pihak penganjur iaitu merupakan penyertaan tertinggi sejak penganjuran kali pertama pada tahun 2006.

Menurut Jamil, beliau sangat berbangga dengan peningkatan jumlah penyertaan sebanyak 18 peratus berbanding angka penyertaan tahun lalu. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah mula sedar tentang kepentingan rekacipta yang kreatif serta mempu menghasilkan produk yang bernilai tambah.

“Kita mahukan penyertaan yang lebih banyak lagi untuk masa akan datang supaya setiap rekacipta yang terhasil ini mendapat pengiktirafan,” kata Jamil.

Tujuh kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Intelek yang telah dimenangi oleh UPM, Perekacipta Harta Intelek dimenangi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan kategori Perekacipta Muda Harta Intelak jatuh kepada Maktab Rendah Sains Mara Jeli, Kelantan.

Pemenang masing masing membawa pulang wang ringgit, piala pusingan dan sijil penyertaan.

Anugerah Harga Intelek MYIPO

Antara kategori lain ialah kategori Paten, Cap Dagangan dan Petunjuk Geografi, Reka Bentuk Perindustrian, Harta Intelek Sektor Koperasi dan Anugerah Khas Menteri KPDNKK.

Pemenang dipilih berdasarkan penyertaan yang paling banyak dan penghasilan rekacipta yang membawa banyak manfaat kepada pengguna yang lain.

Anugerah ini juga merupakan satu pengiktirafan pihak kerajaan kepada individu-individu dan juga organisasi yang bukan sahaja menyumbang kepada pembangunan harta intelek serta pertumbuhan ekonomi negara.

Turut diadakan dalam majlis itu ialah Pameran Pemenang Anugerah Harta Intelek Negara 2017. Di kawasan pameran tersebut terdapat hasil rekacipta para pemenang untuk tontonan para tetamu yang hadir.

Anugerah Harga Intelek MYIPO

Anugerah Harga Intelek MYIPO

Majlis ini juga turut dimeriahkan lagi dengan nyanyian koir daripada pasukan koir MyIPO, persembahan seksofon serta nyanyian merdu dari johan pertandingan DuoStar, Ernie Zakri. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ainaa Hafizah

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Pun Failkan Apa-Apa Permohonan, Mahkamah Boleh Keluar Perintah Baharu Pada Hari Sama – Yusfari

Tidak Perlu Pun Failkan Apa-Apa Permohonan, Mahkamah Boleh Keluar Perintah Baharu Pada Hari Sama – Yusfari

09/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam yang juga Ketua Penerangan PAS Selangor, Dr Yusfarizal Yussoff berpandangan bahawa perintah mahkamah untuk melepaskan Datuk...

Ruangan Komen Hantaran Terbaharu FB Peguam Negara Tidak Boleh Diakses

Ruangan Komen Hantaran Terbaharu FB Peguam Negara Tidak Boleh Diakses

09/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ruangan komen pada hantaran terbaharu Facebook Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar yang memaparkan ucapan Selamat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd