Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Pakar Patologi Kanan Bantu...

PUTRAJAYA - Jawatankuasa Khas yang menyiasat kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib...

Pendakwah Elak Bercakaran, Guna...

KANGAR - Pendakwah harus mengelak bercakaran sesama sendiri semata-mata untuk mempertahankan pendapat masing-masing...

Ku Li Jumpa Amanah...

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan sedang menyusun strategi dan kerjasama...

Wan Saiful Jadikan PTPTN...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan...

Serah Semula Tanah Untuk Rumah Mayat Kaum Cina

KEMAMAN – Kerajaan negeri Terengganu bersetuju menunaikan tuntutan masyarakat Cina untuk menyerahkan kembali tanah di kawasan Jakar di sini bagi dijadikan rumah mayat.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kawasan berkenaan pernah diserahkan kepada mereka pada pemerintahan PAS dahulu tetapi diambil kembali oleh Barisan Nasional (BN) setelah PAS kalah.

“Pada tahun 1999 semasa pemerintahan PAS telah memberi kebenaran kepada mereka di tempat berkenaan di kawasan Jakar tetapi apabila PAS kalah pada 2004, kebenaran itu telah ditarik balik dan diambil kembali kerajaan BN pada waktu itu.

“Yang ada sekarang ini adalah tidak cukup dan hanya cukup untuk seorang sahaja kalau berlaku dua kematian pada masa yang sama agak sukar untuk mereka simpan kerana mereka tak boleh simpan di rumah mereka sebab tidak ada fasiliti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama masyarakat Cina di Bandar Chukai di sini semalam.

Menurut Ahmad Shamsuri, keputusan mengembalikan tanah rumah mayat tersebut adalah perlu kerana ia merupakan hak masyarakat Cina yang turut membayar cukai dalam negeri dan negara.

Selain itu kerajaan negeri juga meluluskan pembinaan pintu gerbang sebagai mercu tanda kewujudan dan peranan masyarakat Cina di Kemaman.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata tanah untuk rumah mayat tersebut berkeluasan kira-kira lebih satu hektar di kawasan Jakar.

“Kerajaan sebelum ini telah memberikan tanah di Jabor tetapi jaraknya jauh dan masyarakat Cina tidak mahu manakala bagi pintu gerbang pula kita akan bina di depan sekolah Cina yang mana kita akan ambil reka bentuk yang sama dengan Kuala Terengganu untuk dipasang di sini apabila mempunyai kewangan yang secukupnya,” katanya. – BERNAMA

Kategori