• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Senat Kanada Undi Lulus Penggunaan Ganja

oleh AK-47
21/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SENAT Kanada mengundi untuk meluluskan penggunaan ganja semalam, sekaligus semakin hampir dalam menjadikannya sebagai negara pertama dari kelompok G7 yang membenarkan penggunaan serta pengeluaran dadah itu.

Sehari sebelum itu, Dewan Rakyat meluluskan 205 undi yang kini hanya menunggu untuk menerima kelulusan Diraja dari ketua gabenor sebelum undang-undang berkenaan berkuatkuasa menjelang September.

Senat yang hanya boleh menangguhkan tetapi tidak boleh menyekat undang-undang itu meluluskannya dengan kiraan undi 52-29.

Langkah terbabit mengakhiri larangan ke atas ganja yang dikuatkuasa di Kanada sejak 1923.

Penggunaan bahan itu bagaimanapun sejak dua dekad lalu dibenarkan tetapi hanya terhad dari sudut perubatan.

Janji untuk membenarkan pengambilan ganja dibuat pada 2015 menerusi kempen Perdana Menteri, Justin Trudeau yang sering dilihat menghisap bahan itu bersama rakan-rakannya, lima atau enam kali seminggu termasuk sejak dipilih sebagai Ahli Parlimen.

Uruguay membenarkan pengambilan ganja secara ringan sejak lima tahun lalu manakala sembilan negeri di Amerika Syarikat termasuk Washington turut mengambil pendekatan serupa namun Kanada bakal tampil sebagai negara pertama dari kelompok G7 yang berbuat demikian. – AFP 

Tags: ganjaKanada
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

16/12/2025
0

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Briged Tenggara berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berketurunan Cina dan merampas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd