• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selendang Terbang Jadi Trend Kahwin Di China

oleh
16/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNIK… Majlis perkahwinan di China ketika ini semakin dimeriahkan lagi dengan trend penuh dramatik yang ternyata bukan daripada persembahan muzik jazz,tarian atau kek bersaiz besar.

Bahkan ia lebih merujuk kepada bentuk selendang terbang yang sangat mengagumkan. Trend itu mula dapat disaksikan dalam satu rakaman video yang dikongsikan oleh seorang perancang perkahwinan dari Shanghai.

Rekaan skaf terbang oleh beliau itu ternyata dianggap sebagai satu inovasi yang sangat kreatif sekali gus berjaya menjadi ikutan tular ramai pasangan pengantin muda sewaktu majlis perkahwinan mereka di sekitar China.

“Kebanyakan jemputan setentunya berasa teruja untuk menyaksikan saat sepasang tudung terbang melayang penuh dramatik sebelum mendarat secara lembut menutupi bahagian kepala pengantin perempuan,” jelas Stark Zhang.

Beliau yang merupakan seorang perancang perkahwinan dan bertugas dengan Nanjing Wedding Daheng Internet berkata: “Ternyata ramai pengantin perempuan berasa sangat puas hati dengan rekaan yang telah ditampilkan.”

Aksi selendang terbang tersebut yang menuju ke arah pengantin perempuan itu memang seolah-olah merealisasikan dunia kisah dongeng lama tempatan tetapi hakikat sebenarnya ia boleh dioperasikan dengan gaya cukup mudah.

Menurut laporan akhbar tempatan berbahasa Inggeris terkenal, The South China Morning Post, Skaf lembut itu hanya dipasangkan pada satu tali halus yang boleh menghubungkan terus menuju ke arah pengantin perempuan.

Ikatan tersebut memang sukar dilihat secara rambang oleh mata pengunjung namun secara perlahan-lahan terlerai tatkala mendekati ke arah pengantin perempuan sehingga ia terletak lembut menutupi kepala si mempelai itu.

“Pada peringkat awal percubaan sebelum ini, setentunya berlaku beberapa kegagalan seperti selendang tersebut terbang melayang melewati kedudukan pengantin perempuan itu berdiri atau ikatannya tidak terlerai kemas.

“Malah tahap kelajuan penghantaran skaf tersebut melalui sistem rel itu juga dikatakan tidak selalunya berada paras statik,” jelas Zhang menceritakan rahsia aksi selendang berkenaan seperti mampu melayang dengan penuh bergaya.

Beliau turut menekankan bahawa sistem tersebut telah dipertingkatkan sehingga tudung tersebut terbang sebelum menutupi keseluruhan kepala pengantin perempuan dengan lancar seolah-olah aksi magis oleh pakar silap mata.

Dalam pada itu, Amy Li, juga salah seorang perancang perkahwinan yang berpusat di Beijing menjelaskan bahawa perkhidmatan selendang terbang ini mampu ditawarkan pada harga berpatutan kerana ia bukan lagi eksklusif.

“Jika pengantin perempuan mendambakan majlis perkahwinan dimeriahkan dengan konsep fantasi itu setentunya terdapat kadar harga ditawarkan namun ia tidaklah berapa tinggi,” jelasnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Chinaselendangskaf
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

Wanita Tular Isu Percutian Di China Tampil Pertahan Diri, Serah Kepada Tindakan Undang-Undang

Wanita Tular Isu Percutian Di China Tampil Pertahan Diri, Serah Kepada Tindakan Undang-Undang

19/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 19 Jun 2026 – Wanita yang tular susulan sebuah klip video ketika berada di China tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd