• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sayap UMNO Diterajui Pemimpin Baharu

oleh Haris
24/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMNO menunjukkan keyakinan dan keberanian untuk melakukan perubahan dan bangkit semula dalam politik negara.

Sebentar tadi, keputusan rasmi diumumkan, mengesahkan kemenangan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Zahida Zarik Khan mengetuai sayap parti.

Asyraf dan Zahida masing-masing mengetuai Pemuda dan Puteri UMNO bagi penggal 2018-2021 manakala Noraini disahkan memenangi jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

Kemenangan pemimpin baharu sayap parti ini menandakan satu fasa baharu yang perlu dilalui oleh UMNO bagi menjadi suara mewakili orang Melayu dan agama Islam di negara ini.

Selepas tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lebih sebulan lalu, pemilihan ini diharapkan oleh ahli agar dapat meletakkan kepimpinan baharu untuk memandu parti mendepani cabaran getir politik masa kini.

Pakatan kerajaan yang dikuasai kepentingan yang bertentangan dengan apa yang diperjuangkan UMNO sedang mengukuhkan kedudukan mereka melalui kuasa diperolehi.

Di peringkat pusat dan negeri-negeri, pakatan berfahaman liberal sedang pantas menguasai setiap ruang yang boleh mereka masuki.

Tanpa kekuatan dan kesatuan politik, orang Melayu yang UMNO menjadi tonggaknya akan terus dipinggirkan.

Malah, kedudukan khusus Melayu dan agama Islam telah mula dicabar dan diganggu gugat.

Kepimpinan baharu ini bakal memikul tanggungjawab sukar ini di bahu mereka, dipimpin oleh kepimpinan tertinggi yang akan dipilih beberapa hari lagi.

Kepimpinan baharu ini diharapkan oleh orang Melayu yang merupakan majoriti rakyat Malaysia agar lebih beriltizam dan berani berperanan sebagai pemimpin umat. – Mynewshub.cc

Tags: Pemilihan UMNO 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pilih Zahid, UMNO Pastikan Kestabilan, Kesinambungan

01/07/2018
0

DATUK Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi dipilih sebagai Presiden UMNO selepas mencapai 93 undi dalam pemilihan kepimpinan 2018,...

Makin Jelas PH Mahu Siapa Jadi Presiden UMNO

29/06/2018
0

WALAUPUN dikeji sebagai parti korup, kleptokrasi, makin lemah dan ditolak, hakikatnya parti yang merupakan pembangkang terkuat ini sangat penting dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd