Sample Page Title

WALAUPUN dikeji sebagai parti korup, kleptokrasi, makin lemah dan ditolak, hakikatnya parti yang merupakan pembangkang terkuat ini sangat penting dalam politik Malaysia.

UMNO walaupun tewas dan tidak menjadi kerajaan pusat lagi selepas Pilihan Raya Umum ke-14, UMNO tidak mati.

Jumlah lebih 50 buah kerusi Parlimen ialah satu jumlah yang besar, daripada 222 kerusi keseluruhan.

Kerana faktor kekuatan inilah orang luar mahu memegang UMNO, atau dalam bahasa mudahnya, mencucuk hidung UMNO.

Baca: Kenapa Orang Luar Mahu Atur Kepimpinan UMNO?

Lagi: KJ Bawa Agenda Liberal Kalau Menang Presiden UMNO?

Mereka mahu memegang tali yang boleh menarik UMNO ke mana sahaja yang memenuhi kehendak dan kepentingan mereka.

Maka tidak menghairankan mereka sangat menaruh harapan agar Khairy Jamaluddin menang dalam pemilihan sebagai presiden UMNO.

Sejak awal lagi Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah memberikan “endorsement” kepada Khairy untuk jawatan presiden UMNO.

Sekarang, di segenap pelusuk media sosial, PH dan penyokong mereka memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Khairy yang juga dikenali sebagai KJ ini.


Satu halaman Facebook bernama Pakatan Harapan Supporters dalam satu tulisan menunjukkan sokongan ini dengan bersemangat sekali.

“Kami secara jujurnya, melihat pada sudut karisma dan bakat serta motivasi org muda, jelaslah Khairy Jamaluddin 42 tahun perlu diangkat oleh ahli UMNO menjadi Presiden UMNO, yang akan membawa suara pembangkang BN yang kuat di dewan rakyat agar dapat semak dan imbang akan Kerajaan Pakatan Harapan.

“Dua lagi calon Presiden iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ku Li memang tiada karisma dan keupayaan untuk membawa perubahan dan pembaharuan. Jika ahli UMNO mahukan perubahan total, Khairy Jamaluddin jawapannya!” tulis pengendali halaman itu.

Sokongan oleh Pakatan Harapan Supporters ini hanyalah salah satu daripada banyak contoh sokongan yang ditunjukkan oleh pihak PH.

Apa yang jelas ialah mereka mahukan UMNO dipimpin oleh pemimpin yang liberal, berpegang pada pandangan yang lebih terbuka dan apologetik dalam isu hak Melayu seperti mereka. – Mynewshub.tv

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

JDT Kelab Pertama Jalin Kerjasama Dengan Socios.com

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi kelab pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama...

Ibu Bimbang, Anak Empat Hari Tidak Pulang Ke Rumah

BACHOK: Seorang ibu di Kampung Tok Kederat di sini, diselebungi kebimbangan apabila anak kelima...

Kertas Siasatan Kes Pukul Anak Tiri Diserah Ke Bukit Aman

IPOH: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki dipercayai memukul anak tirinya di Parit Buntar...

Polis Tubuh Pasukan Siasatan Khas Berkaitan Kes Cubaan Culik Murid

IPOH: Polis Perak menubuhkan pasukan siasatan khas bagi menyiasat kes tular berhubung cubaan menculik...

Air Pasang Besar: Orang Ramai Dinasihat Elak Ke Pantai Esok Hingga Khamis

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak berada di kawasan pantai berikutan fenomena...

Tawar Ganjaran Lumayan AS$2 Juta Untuk Tahan Rakyat Malaysia Lolos

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan kerja didakwa menjanjikan ganjaran lumayan AS$2 juta (RM9.1 juta) bagi...

Manfaatkan Perkhidmatan Digital HASiL

Malaysia sedang menuju kepada sebuah negara tanpa tunai di mana urusan kewangannya termasuk membeli...