Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

eVAL Cepat Proses Perjalanan...

KUALA LUMPUR - Surat Kelulusan Visa secara elektronik (eVAL) akan menjalani fasa percubaan...

Mayat Lelaki Berlumuran Darah...

GEORGETOWN - Mayat seorang lelaki yang berlumuran darah ditemui dalam keadaan tertiarap di...

Harga Bahan Mentah Di...

BALIK PULAU - Harga bekalan bahan mentah di Pulau Pinang masih berada di...

Peningkatan Kes Denggi, Majlis...

KUALA LUMPUR - Kebimbangan semakin dirasai di Pantai Dalam salah sebuah 'kawasan panas...

Saraf Bermasalah, Aaron Tetap Degil Berlakon Aksi

AKIBAT minat yang mendalam dalam dunia lakonan, pelakon Datuk Aaron Aziz tetap berkeras hati untuk menerima tawaran lakonan filem aksi walaupun hakikatnya penyakit saraf yang membabitkan urat bahu kirinya masih belum pulih sepenuhnya.

Akui bahawa isterinya, Datin Diyana Halik sering membebel kerana kedegilannya itu, tetapi ia masih tidak dapat menahan rasa rindunya terhadap dunia lakonan filem aksi.

“Isteri saya sebenarnya marah apabila saya mahu kembali berlakon dalam filem aksi tetapi saya degil.

“Bukan apa rindu hendak buat benda-benda aksi selain cabaran berlakon filem aksi berbeza daripada genre lain,” katanya ketika ditemui oleh portal mStar Online.

Bagaimanapun, bapa kepada tiga cahaya mata itu tetap akui bahawa dengan tahap kesihatannya yang tidak menentu, dia akan memastikan untuk sentiasa ambil langkah pencegahan supaya kecederaan itu tidak berulang lagi.

AARON TAMPIL BERLAKON DALAM FILEM INDIAN TAMIL PERTAMANYA BERJUDUL TIK TIK TIK.

“Bukanlah saya langsung tidak fikir keselamatan diri dan bersikap semberono sahaja sebaliknya pelbagai langkah keselamatan saya ambil untuk pastikan tiada perkara buruk berlaku.

“Jika saya terus melayan sakit yang sudah berlarutan agak lama ini mungkin satu kerja pun takkan jadi.


“Sebab itu saya kuatkan juga semangat tetapi saya utamakan kesihatan diri dan ambil langkah berjaga-jaga,” tambahnya lagi.

Malah, jika kesakitan itu datang secara tiba-tiba, Aaron akan segera baring dan terus memakai pendakap leher bagi mengurangkan kesakitan selain membaca ayat suci al-Quran sebagai pelindung diri.

“Paling mustajab adalah membaca ayat suci al-Quran sebagi ikhtiar menyembuhkan penyakit yang saya anggap ini sebagai ujian kepada saya. Alhamdulillah ia berkesan,” ujanrya lagi.

Kini, pelakon kelahiran Kota Singa itu sedang sibuk menjalani penggambaran filem JB Pailang di bawah arahan Raja Mukhriz. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori