• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambut Positif Cadangan Jalan Raya Getah Di Sabah

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah menyambut positif cadangan berhubung penggunaan teknologi pembinaan jalan raya berasaskan getah di negeri ini.

Menterinya, Datuk Peter Anthony berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk mempertimbangkan perkara itu sekiranya kaedah itu memberi faedah kepada kerajaan.

“Ini suatu perkara baharu dalam kementerian kita dan tidak pernah lagi dilaksanakan (jalan raya getah) di Sabah, tetapi kalu itu (cadangan) mendatangkan hasil, memudahkan serta membantu kerajaan untuk menjimatkan kos itu adalah satu cadangan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak empangan dan loji air Cinta Mata dekat sini, hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick bercadang memperkenalkan teknologi pembinaan jalan raya berasaskan getah di Sabah khususnya di luar bandar.

Peter berkata sebarang pengenalan kaedah baharu berkaitan pembangunan infrastruktur termasuk pembinaan jalan raya menggunakan teknologi getah itu, perlu bersesuaian dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) kementerian.

“Kaedah ini ada dilaksanakan di Kuala Lumpur sebagai projek rintis dan masih dalam pemerhatian,” katanya lagi.

Beliau dalam pada itu turut memuji cadangan itu dan berkata secara langsung kaedah itu membantu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah untuk memikir cara membantu meningkatkan harga getah sekali gus meningkatkan pendapatan pengusaha getah di negeri ini. – BERNAMA

Tags: Jalan Raya Guna Getah Beku
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sabah Cadang Teknologi Bina Jalan Berasaskan Getah

03/06/2018
0

KOTA BELUD - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah bercadang memperkenalkan teknologi pembinaan jalan raya berasaskan getah di negeri ini,...

Malaysia Rintis Jalan Raya Guna Getah Beku

06/06/2017
0

SEGAMAT - Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang menggunakan getah beku bagi teknologi penurapan jalan raya melalui kaedah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd