Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Rampas Dadah Bernilai...

IPOH - Polis Perak merampas dadah jenis methamphetamine seberat 1.3 kilogram bernilai RM89,950...

Majlis Kahwin Paling Cool.....

Majlis perkahwinan adalah peristiwa paling bersejarah dalam hidup pasangan yang berjaya menyatukan cinta mereka. Maka, bermacam-macam...

Komplot Jatuhkan Najib, 3...

KUALA LUMPUR - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis...

Beg ‘Nasi Lemak’ Hermes...

SELEPAS beg keluaran jenama Balenciaga menjadi bahan jenaka dala kalangan rakyat Malaysia gara-gara rekaannya...

Sabah Cadang Teknologi Bina Jalan Berasaskan Getah

KOTA BELUD – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah bercadang memperkenalkan teknologi pembinaan jalan raya berasaskan getah di negeri ini, khususnya di luar bandar.

Menterinya Ewon Benedick berkata teknologi itu, yang telah pun diaplikasikan di negara lain seperti Thailand, sesuai digunakan untuk pembinaan jalan raya di kawasan berkenaan.

“Kita boleh memperkenalkan dan membangunkan teknologi ini dalam pembinaan jalan raya di Sabah kerana saya tahu ia adalah antara kaedah yang boleh menyelesaikan keperluan membina jalan raya, khususnya di luar bandar.

“Selain itu, teknologi ini boleh meningkatkan harga getah,” katanya pada sebuah majlis kesyukuran di sini semalam.

Ewon, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, berkata kementeriannya juga telah merangka pelbagai program yang akan dilaksanakan di kawasan luar bandar, termasuk membangunkan industri pelancongan di Kadamaian.

Untuk itu, beliau bersedia untuk menerima pandangan atau cadangan pelbagai pihak, termasuk masyarakat akar umbi yang menarik dan boleh dilaksanakan di kawasan mereka.


Sementara itu, Ewon berkata beliau dijangka melancarkan pejabat Pusat Khidmat ADUN Kadamaian di Kampung Piasau di sini, yang mana pemilihan lokasi pusat itu di luar pekan sesuai dengan rakyat di kawasan berkenaan.

Mengenai pembaikan jalan kampung dan kemudahan lain di kawasan luar bandar, Ewon berkata pelaksanaan adalah berdasarkan kepada keutamaan dan keperluan penduduk kampung.

“Bagaimanapun, jalan-jalan besar di kawasan luar bandar adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kita boleh berbincang dengan kementerian berkaitan untuk memperbaiki jalan berkenaan, tapi jalan melibatkan jalan kampung adalah di bawah bidang kuasa kementerian,” katanya. – BERNAMA

Kategori