• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rugi RM38,000 Diperdaya Individu Menyamar Polis

oleh Ahmad Albab
26/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Gara-gara takut dikaitkan dengan kes pengubahan wang haram, seorang pekerja swasta terpaksa berputih mata setelah kehilangan RM38,000 setelah diperdaya oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis dalam kejadian di Bentong semalam.

Ketua jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, Supt. Mohd Wazir Yusof berkata dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, mangsa, 41 tahun telah dihubungi oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai seorang pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan mendakwa mangsa terlibat dengan kes pengubahan wang haram menerusi sebuah syarikat.

“Mangsa kemudian menafikannya sebelum disambung kepada pegawai atasan yang lain. Dia kemudian diminta menyerahkan maklumat akaun peribadinya bagi tujuan siasatan.

“Mangsa kemudian akur dan menyerahkan butiran dua akaun peribadinya dan sejam selepas itu, dia telah menerima mesej mengatakan telah berlaku transaksi pemindahan wang dari akaun miliknya ke pihak ketiga melibatkan jumlah RM35,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu, katanya mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksium 10 tahun, denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Berikutan itu, Mohd Wazir menasihati orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan sebarang panggilan yang diterima daripada pihak dikenali serta sewenang-wenangnya menyerahkan butiran peribadi untuk mengelak daripada menjadi mangsa. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: kes tipupekerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

Polis Terima Laporan Dakwaan Salah Guna Dana RM700 Juta Kerajaan Terdahulu

Kebakaran Gudang Simpan Perkakas, Dua Pekerja Cedera

30/12/2023
15

PERMATANG PAUH: Dua pekerja gudang perkakas cedera termasuk seorang melecur sehingga 70 peratus selepas premis tempat mereka bekerja terbakar dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd