• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribuan Hadir Pengebumian Gadis Sukarelawan Gaza

oleh
04/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGEBUMIAN gadis sukarelawan paramedik Gaza yang dibunuh Israel dalam keganasan di sempadan selatan Gaza dihadiri oleh ribuan penduduk Palestin hari ini.

Sebahagian mereka yang hadir membawa bendera Palestin dan sepanduk dengan potret Razan al-Najjar sebagai tanda menuntut bela terhadap kematian gadis perubatan itu.

Menurut akhbar tempatan, bapa Razan memegang jaket pasukan perubatan dengan kesan darah yang dipakai mangsa ketika ditembak. Turut hadir, pasukan perubatan, kru ambulans dan rakan seperjuangan mangsa.

Terdahulu, mangsa berusia 21 tahun ini meninggal dunia selepas ditembak di dada oleh penembak hendap Zionis ketika memberikan bantuan perubatan di perkampungan Khuza’a, semalam.

Semangat yang ditunjukkan gadis ini terus berkhidmat kepada masyarakat tempatan sehingga Allah S.W.T. mengabulkan permintaannya untuk syahid pada bulan Ramadan bersama rakyat Palestin lain.

Razan al-Najjar meninggal dunia selepas ditembak di dada oleh penembak hendap Zionis.

“Boleh sahaja jika saya hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan.
 
“Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka,” kata Razan juga seorang warganegara Palestin.

Razan juga pernah berkhidmat dengan kumpulan sekarelawan Malaysia, Humanitarian Care Malaysia (MyCare).

Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, arwah tekad mahu teruskan kerja-kerja sukarelawan di lapangan walapun diancam bahaya.

“Pilu hati kami mendapat berita daripada pegawai di Gaza mengenai nasib Razan.

“Arwah yang berusia 21 tahun itu te­lah menyertai sukarelawan MyCare pada Ramadan tahun lalu. Tahun ini Razan bercadang untuk meneruskan kerja-kerja sukarelawan beliau tetapi Allah S.W.T lebih menya­yangi Razan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Saat Razan ditembak di dada oleh tentera Zionis.
Ibu Razan memeluk baju jururawat milik Razan yang dipenuhi dengan darah anaknya.

Penduduk Gaza melakukan tunjuk perasaan sejak 30 Mac lalu untuk menuntut tanah Palestin dikembalikan selepas mereka menjadi pelarian akibat perang penubuhan Israel pada 1948.

Kekejaman Zionis seperti tidak ada kesudahan malah mereka lebih berani bertindak sesuka hati tanpa ada pihak yang mampu menghalangnya. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: MyCAREPalestinRazan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd