• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Perempuan Kritikal Ditikam Teman Lelaki

oleh Ahmad Albab
29/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan kritikal selepas ditikam seorang lelaki, dipercayai teman lelakinya dalam kejadian di hadapan sebuah asrama pekerja di Lima Kedai, Gelang Patah, dekat sini, Khamis lepas.

Kejadian berlaku pada 8.48 malam ketika kedua-duanya dikatakan bertengkar sebelum suspek bertindak menikam mangsa beberapa kali menggunakan senjata tajam.

Berikutan tikaman itu, mangsa yang berusia 20 tahun dilaporkan cedera di perut dan tangan kiri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah.

Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) Iskandar Puteri, Supt. Ismail Dollah berkata orang awam telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan gerakan mengesan suspek kemudian dilancarkan.

“Dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, suspek berumur 26 tahun itu akhirnya berjaya ditangkap di kawasan Bukit Mertajam pada 28 Jun pukul 4.40 petang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ismail berkata menerusi siasatan awal, suspek dan mangsa didapati bekerja di kilang sama iaitu di Tanjung Kupang di sini namun punca sebenar kejadian masih disiasat.

Suspek pula sudah direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh. – BERNAMA

Tags: DITIKAMRemaja Perempuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Perempuan 19 Tahun Maut, Terjatuh Tingkat 19 Kondominium

Remaja Perempuan 19 Tahun Maut, Terjatuh Tingkat 19 Kondominium

04/02/2026
0

GOMBAK: Seorang remaja wanita berusia 19 tahun maut selepas disyaki terjatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Batu Caves, kelmarin....

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 Maut Dipercayai Ditikam Pelajar Lelaki Tingkatan 2

14/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd