• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramzan Kadyrov Hadir Kerana Salah

oleh AK-47
13/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTANG bola sepak, Mohamed Salah menjadi tarikan pada Piala Dunia 2018 di Russia apabila gambarnya tersenyum bersama Presiden Chechnya, Ramzan Kadyrov ketika pasukannya Mesir menjalani latihan menjadi tajuk utama akhbar.

“Mo Salah bangun daripada tidur, dan individu yang mempunyai sifat kejam itu boleh bergambar bersamanya ketika sesi latihan di Grozny, salah sebuah bandar di Russia” seperti dilapor akhbar tabloid British.”

Kadyrov mendapat sokongan Presiden Russia, Vladimir Putin untuk memerintah Chechnya dengan sistem kuku besi yang mewujudkan kecaman berterusan daripada kumpulan hak asasi manusia.

Menurut laporan akhbar, beliau berkunjung ke hotel penginapan pasukan Mesir untuk mengambil Salah dan menghantarnya ke stadium tempat latihan pasukan itu sebelum lebih 8,000 penyokong bersorak.

Secara rasmi pasukan The Pharaohs itu memilih Grozny sebagai kem latihan Mesir biarpun kawasan itu tidak menganjurkan sebarang perlawanan bagi mengelak dari gangguan media ketika mereka mempersiapkan diri menghadapi saingan Piala Dunia selepas menunggu lebih 28 tahun.

Memakai baju berwarna biru dan seluar sukan berwarna putih, Kadyrov memaklumkan Salah yang bermain untuk Mesir dan Liverpool itu adalah ‘pemain terbaik dunia dan seorang yang sempurna’.

Presiden Chechnya itu sendiri adalah seorang peminat yang gemar sukan seni mempertahankan diri.

Di bawah pemerintahannya, Chechnya yang di dominasi penduduk Islam, masjid boleh didapati dengan mudah selepas kemusnahan bandar dan kampung akibat peperangan menentang kerajaan di Moscow.

Pengurus pasukan Tajeddine Soultane berkata, mereka memilih hotel The Local yang terletak di Chechnya “kerana ia adalah bandar yang konservatif dan anda tidak akan bertemu dengan disko” malah mudah mendapatkan makanan halal yang menjadi keutamaan orang Muslim.

Bagi pasukan itu, hubungan Salah-Kadyrov tidaklah begitu penting berbanding keinginan mereka untuk melihat pemain bintang itu pulih daripada kecederaan bahu menjelang perlawanan pembukaan Mesir menentang Uruguay dekat Ekaterinburg, Jumaat ini. – AFP

Tags: Mohamed Salahramzan kadyrov
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RSN Rayer Ucap Terima Kasih Kepada Mohamed Salah “You’ll Never Walk Alone”

RSN Rayer Ucap Terima Kasih Kepada Mohamed Salah “You’ll Never Walk Alone”

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menzahirkan penghargaan terhadap bintang bola sepak dunia, Mohamed Salah susulan perkembangan terkini...

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

20/11/2023
0

MONROVIA, Liberia: Mohamed Salah terpaksa dilindungi oleh tentera daripada penyokong ketika kemenangan Mesir ke atas Sierra Leone. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd