• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Protun: Keperluan Atau Sebahagian Politik Dendam?

oleh
11/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELUM habis satu perkara berpindah pula kepada perkara baru yang lain sengaja diada-adakan apabila baru-baru ini Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengeluarkan kenyataan mahu menjalankan projek kereta nasional.

Projek kereta nasional baru ‘Protun’ ini hanyalah cadangan nama dari kami untuk memudahkan pemahaman pembaca.

Jika difikirkan, mengapa agaknya Tun Mahathir mahu melancarkan Protun dan adakah mampu memberi pendapatan besar buat negara sedangkan rakyat Malaysia sendiri banyak menggunakan kereta dari luar negara?

Kalau kemunculan Protun semata-mata berasaskan dendam terhadap UMNO sebelum ini di bawah pemerintahan Datuk Sri Najib Tun Razak tidakkah akan memakan negara dan menyusahkan rakyat?

Sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir telah menetapkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang merupakan salah satu pulangan pendapatan besar buat kerajaan kepada kosong peratus.

Walaupun sudah sifar GST namun masih terdapat harga barang tidak turun malah banyak yang meningkat harganya dan ini sangat merunsingkan rakyat.

Tambahan pula pendapatan negara telah hilang sebanyak RM21 bilion yang sepatutnya diperoleh dari GST.

Implikasi penurunan kosong peratus GST ini berterusan hingga Bantuan Rakyat 1 malaysia (BR1M) hanya sedikit sahaja yang diperoleh.

Selain itu juga, seramai 17,000 penjawat awam menanggung keperitan apabila diberhentikan secara tiba-tiba tanpa memberi jaminan pekerjaan baru buat mereka.

Dalam maklumat lain, Najib telah menjanjikan sebanyak RM500 bonus raya untuk kakitangan awam menyambut Aidilfitri sedangkan yang diberi hanya RM400 oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Manakala bagi peneroka Felda dan Felcra hanya mendapat insentif raya tahun ini hanya RM450 tidak serupa dengan pemberian kerajaan UMNO terdahulu sebanyak RM500 setiap kali perayaan.

Lebih menyedihkan, apabila kerajaan mempertimbangkan tututan Hindraf supaya menyediakan tanah seperti tanah rancangan FELDA kepada kaum India sekali gus mengancam kedudukan peneroka Felda sedia ada.

Apa lagi yang Tun Mahathir dendamkan pada Najib sehinggakan akibatnya terpaksa ditanggung oleh rakyat?

Proton yang merupakan salah satu projek mega Tun Mahathir pernah mengalami kerugian berbilion ringgit apatah lagi Protun yang mahu dilaksanakannya dalam bentuk yang baru.

Tidakkah Protun akan menjadi biawak hidup yang akhirnya negara dan rakyat sendiri yang bakal tanggung akibatnya? – MYNEWSHUB.CC

Tags: politikProtunTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Lelaki Lari Dari Lokap Ditahan Di Kuala Sedili

Next Post

10 Projek Mega Mahathir Gagal, Kerajaan ‘Bail-Out’

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

Next Post

10 Projek Mega Mahathir Gagal, Kerajaan 'Bail-Out'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd