Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

PM Lepaskan Peserta ‘#RunWithUs...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan kira-kira 4,000 peserta #RunWithUs 2015...

Samsung Lancar Kelas Bestari...

JELI - Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas di sini adalah sekolah luar bandar pertama...

Pembalakan Di HSK Balah...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengarahkan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK)...

Wanita Maut Pertama Kali...

SEORANG wanita meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika pertama kali memegang stering,...

Dua Lelaki Lari Dari Lokap Ditahan Di Kuala Sedili

JOHOR BAHRU – Dua lelaki yang melarikan diri daripada lokap Balai Polis Gelang Patah dekat sini pagi tadi, berjaya ditahan di Kota Tinggi petang ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kedua-dua mereka yang berumur 25 dan 34 tahun itu ditahan di sebuah premis di Kuala Sedili, Kota Tinggi, pada 2.45 petang.

“Ini satu tindakan nekad kedua-dua mereka, apabila anggota polis buka pintu sel, mereka rempuh dan terus lari keluar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 13/2018 sempena Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Skudai, di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata kedua-dua mereka akan direman bagi membantu polis menjalankan siasatan terperinci berhubung kes itu termasuk perancangan dan rangkaian yang membantu mereka lari dari Gelang Patah ke Kuala Sedili.

Mengenai beberapa anggota polis yang bertugas sewaktu kejadian itu, Mohd Khalil berkata siasatan lanjut terhadap mereka sedang dilakukan.

“Kita buat laporan mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai melepaskan tahanan sah…kita sedang menyiasat lebih lanjut mengenai mereka,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Noor Hashim Mohamad menerusi kenyataan berkata dalam kejadian 6.15 pagi tadi, kedua-dua suspek melarikan diri dengan hanya berseluar dalam ketika Penyelia Pejabat Pertanyaan berpangkat Koperal membuka pintu sel untuk mengeluarkan bekas makanan daripada lokap.


Cubaan dua anggota polis lain yang bertugas ketika itu untuk menahan mereka gagal dan keduanya melarikan diri melalui pintu hadapan dan terus ke laluan belakang balai.

Semasa kejadian, seorang anggota pengawal lokap pula sedang di bilik air.

Kedua-dua suspek yang terlibat jenayah berasingan itu berasal dari negeri ini dan mereka direman di lokap berkenaan sejak Rabu lepas (6 Jun) sehingga hari ini bagi siasatan berkaitan samun berkumpulan serta mencuri. – BERNAMA

Kategori