• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sangkal Spekulasi Liar Kononnya Najib Cuba ‘Lari’

oleh Haris
19/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai percutian Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Langkawi kerana kononnya hendak melarikan diri.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, penyebaran berita seperti itu tidak patut berlaku kerana hanya akan menimbulkan kegusaran kepada orang ramai serta memberi tekanan yang tidak sepatutnya.

Jelasnya, pihak polis sedia maklum mengenai kedatangan bekas perdana menteri itu ke pulau pelancongan berkenaan untuk bercuti bersama keluarga.

“Beliau (Najib) datang ke Langkawi hanya untuk bercuti bersama keluarga dan ada bertemu dengan bekas Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah) serta pemimpin lain.

“Bagaimanapun ia hanya perjumpaan biasa dan bukannya diadakan mesyuarat sebaliknya beliau sudah dua hari bermain golf di pulau itu,” katanya seperti dipetik BH Online.

Tambah Zainal, pegawai keselamatan Ahli Parlimen Pekan itu juga berada bersamanya sepanjang bercuti di pulau Langkawi.

Dakwaan liar kononnya Najib dan Rosmah ingin melarikan diri ke Myanmar melalui pulau peranginan berkenaan sebelum ke China dan seterusnya ke Almaty, Kazakhstan berjumpa mentua anak perempuannya tular di media sosial.

Ini selepas seorang pengguna media sosial mendakwa melihat Najib dan keluarganya membawa 30 beg bagasi besar di lapangan terbang sebelum ke Langkawi.

Malah, pengguna media sosial di Twitter juga menimbulkan spekulasi bahawa Najib dan isterinya pergi ke Langkawi supaya mudah untuk mereka melepaskan diri ke Thailand.

Dakwaan tidak berakal itu juga meyebabkan ada pengguna Facebook yang meminta pihak polis serta imigresen memantau pergerakan Najib kerana khuatir beliau akan melarikan diri ke luar negara.

Terdahulu, lapor Malay Mail, jabatan imigresen juga menyangkal dakwaan Najib Rosmah cuba melarikan diri ke Thailand melalui Langkawi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali mengesahkan mereka masih berada dalam negara dan dilarang ke luar negara.

Katanya, ketibaan Najib dan Rosmah di pulau berkenaan telah disahkan Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin dan mereka menginap di Hotel St. Regis, Langkawi.

Najib yang masih dalam siasatan pihak berkuasa berhubung skandal 1MDB dan beberapa kes berkaitan dilarang ke luar negara sejak Barisan Nasional tewas pada pilihan raya umum lalu. –MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: bercutiDatuk Seri Najib Tun RazakLangkawi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd