• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Disiasat Susulan Kes Bunuh Calon Datuk Bandar

oleh AK-47
25/06/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELURUH pasukan polis di bandar Ocampo di Mexico City ditahan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diadakan selepas semua calon datuk bandar yang bertanding dibunuh sepanjang minggu lalu.

“Kesemua mereka disiasat mengikut peruntukan undang-undang bagi mengenal pasti sama ada terbabit dalam sebarang perbuatan yang melanggar peraturan yang ditetapkan,” kata sekretariat keselamatan di Michoacan yang didiami kira-kira 20,000 penduduk.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah sebenar anggota polis terbabit yang disoal siasat.

Calon datuk bandar, Fernando Angeles ditembak mati pada Khamis lalu ketika sedang bersiap sedia untuk menghadiri kempen.

Pada Rabu, seorang lagi mangsa, Omar Gomez, calon bebas bagi bandar Aguililla, juga di Michoacan turut ditembak mati.

Sebelum itu, pada 14 Jun, calon datuk bandar Taretan di negeri sama juga mati dibunuh.

Sejak kempen bermula menjelang pilihan raya pada 1 Julai ini, lebih 100 ahli politik dan calon kebanyakannya penduduk tempatan mati akibat dibunuh.

Malah, lebih 200,000 penduduk dilaporkan maut, manakala 30,000 lagi hilang sejak kerajaan mengarahkan pasukan keselamatan persekutuan membanteras penyeludupan dadah pada 2006. – AFP

Tags: kes bunuhsiasatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memandang serius kejadian buli di sebuah kampus IPGM seperti yang dilaporkan media...

James Chai Pulang Beri Keterangan Kepada SPRM, Rafizi Dakwa Giliran Beliau Ditahan Dan Didakwa

James Chai Pulang Beri Keterangan Kepada SPRM, Rafizi Dakwa Giliran Beliau Ditahan Dan Didakwa

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu kepada Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern (James Chai) akhirnya hadir di ibu pejabat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd