• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pogba, Hazard Terbangkan Tukang Gunting Ke Rusia

oleh AK-47
26/06/2018
dalam Gaya Hidup, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANDAI menggayakan potongan rambut yang cantik menjadikan tukang gunting rambut dari London, Ahmed Alsanawi sebagai pilihan amat popular dalam kalangan bintang bola sepak Eropah.

Antara pelanggan yang gembira dengan hasil kerjanya termasuk perancang tengah Manchester United, Paul Pogba dan mengajaknya ‘terbang’ sejauh 3,212 kilometer ke Rusia hanya untuk memotong rambut barisan pemain Perancis.

“Dia datang dari London hanya untuk menemui rakannya bagi memastikan saya kelihatan segar,” kata Pogba mengulas kedatangan Ahmed ke hotel pasukannya di Moscow.

Seramai 13 pemain Perancis dikatakan menggunakan khidmat Ahmed selepas mereka bersepakat membeli tiket penerbangan buatnya baru-baru ini.

Menurut tukang gunting rambut berusia 26 tahun itu, sukar untuknya menolak peluang untuk menjadi sebahagian daripada Piala Dunia 2018.

“Mereka menghantar mesej kepada saya ‘Adakah awak boleh datang ke Rusia? Saya menjawab ‘Ya’ dan kemudian mereka terus menempah tiket penerbangan,” kata Ahmed.

“Saya terus ke sana dalam tempoh 24 jam dan menggunting rambut 13 pemain Perancis sebelum pulang ke London keesokan harinya.”

Ahmed yang juga penyokong setia Chelsea bukan nama asing bagi bintang bola sepak di England dengan pelanggannya terdiri daripada Pogba, Victor Moses dan Eden Hazard.

Dia juga pernah dikenakan perintah larangan daripada berada berhampiran kem latihan Chelsea selepas dituduh menayang gambar bersama pemain bintang demi meningkatkan populariti perniagaannya.

Difahamkan, Ahmed akan sekali lagi terbang ke Rusia, namun kali ini bagi memotong rambut bintang Belgium, Hazard, hanya dua hari sebelum pertembungan menentang England pada awal pagi Jumaat ini. – Agensi

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aminuddin Sudah Tidak Layak Jadi MB Negeri Sembilan?

Aminuddin Sudah Tidak Layak Jadi MB Negeri Sembilan?

21/04/2026
0

SEREMBAN - Undang Yang Empat bersama Tunku Besar Tampin dalam satu kenyataan bersama mendakwa Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri...

iGaming Di Malaysia: Gambaran Semasa 2026

iGaming Di Malaysia: Gambaran Semasa 2026

21/04/2026
0

Semasa anda melayari internet, pernahkah anda melihat iklan daripada pengendali kasino dalam talian? Ya, iklan sebegini bukan lagi sesuatu yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd