• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Dunia: Sepanyol Bangkit Benam Iran

oleh AK-47
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEGA… Sepanyol berjaya raih kemenangan 1-0 ke atas Iran dalam aksi Kumpulan B Piala Dunia sebentar tadi hasil jaringan Diego Costa, biarpun gawang skuad Eropah itu sering diancam pada separuh masa kedua.

Penyerang veteran itu meledak gol ketiganya dalam dua perlawanan apabila percubaan Ramin Rezaeian mengeluarkan bola terkena kaki pemain Sepanyol itu dan melantun ke gawang pada minit ke-54.

Biarpun Sepanyol sering mengepung gawang Iran pada separuh masa pertama, mereka dikejutkan lawan pada separuh masa kedua ketika percubaan Karim Ansarifard terkena tepi jaring manakala jaringan Saeid Ezatolahi dibatalkan menerusi sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Keputusan itu membolehkan Sepanyol berkongsi tangga teratas kumpulan bersama Portugal dengan empat mata namun diikuti Iran dengan tiga mata menjelang perlawanan ketiga dan terakhir kumpulan.

Maghribi tersingkir selepas tewas dua perlawanan. – AFP

Tags: Piala Dunia 2018Sepanyol
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JDT Catat Dua Kemenangan Jelajah Pramusim 2026/2027 Di Sepanyol

JDT Catat Dua Kemenangan Jelajah Pramusim 2026/2027 Di Sepanyol

03/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar prestasi memberangsangkan dalam kempen pramusim 2026-27 di Sepanyol dengan mencatat dua kemenangan,...

Bang Mat Turut Tersenyum, Raikan Sepanyol Juara Piala Dunia 2026

Bang Mat Turut Tersenyum, Raikan Sepanyol Juara Piala Dunia 2026

20/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Kejayaan Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2026 turut mencuri perhatian Mohamad Sabu yang secara terbuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd