• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Dunia: Salah Tidak Sertai Latihan Pertama Mesir

oleh Ahmad Albab
11/06/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GROZNY – Bintang Liverpool, Mohamed Salah sekali lagi tidak menyertai latihan bersama Mesir hari ini selepas pasukan utara Afrika itu tiba di Grozny menjelang Piala Dunia di Russia.

Sedang menjalani pemulihan di bahu dialami pada final Liga Juara-Juara – ketika Liverpool tewas 1-3 kepada Real Madrid – Salah turun ke padang di Grozny sambil ditemani Presiden Chechen, Ramzan Kadyrov untuk menemui peminat yang menantikan Pemain Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris itu.

Salah berdepan kekangan masa untuk kembali cergas dan mengetuai cabaran Mesir di Russia sejak mengalami kecederaan apabila berebut dengan Sergio Ramos pada 26 Mei.

Selepas tiba dari Kaherah, pemain Mesir dan jurulatih dari Argentina, Hector Cuper membuat pemeriksaan di Stadium Akhmat-Arena dekat Republik Chechen, Russia.

Skuad berkenaan dijangka bersedia mengharungi Piala Dunia pertama Jumaat ini berdepan Uruguay di Ekaterinburg.

“Saya gembira. Jika diizinkan tuhan saya bersedia sepenuhnya dan semuanya berjalan baik dan moral saya sangat tinggi,” kata Salah kepada AFP.

“Saya tidak boleh cakap apa yang kami akan capai, tetapi cita-cita pemain amat tinggi dan saya harap kami akan mendapat keputusan yang bagus.”

Di stadium, sebahagian pelajar perubatan Mesir yang tinggal di Grozny adalah antara 8,000 peminat yang hadir untuk melihat Salah, yang pasti menjadi seorang daripada pencabar utama merebut gelaran Ballon d’Or tahun ini bersama pemain Argentina, Lionel Messi; wakil Portugal, Cristiano Ronaldo dan bintang Brazil, Neymar. – BH Online

Tags: Mohamed Salah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RSN Rayer Ucap Terima Kasih Kepada Mohamed Salah “You’ll Never Walk Alone”

RSN Rayer Ucap Terima Kasih Kepada Mohamed Salah “You’ll Never Walk Alone”

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menzahirkan penghargaan terhadap bintang bola sepak dunia, Mohamed Salah susulan perkembangan terkini...

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

Salah Diserang Di Liberia, Terpaksa Dilindungi Tentera

20/11/2023
0

MONROVIA, Liberia: Mohamed Salah terpaksa dilindungi oleh tentera daripada penyokong ketika kemenangan Mesir ke atas Sierra Leone. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd