Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Wan Azizah Bukan Undi...

GHAIB... Kerusi Parlimen Pandan di Selangor menyaksikan hanya empat daripada lima calon yang...

Ronaldo Utamakan Kejayaan Berbanding...

TURIN - Cristiano Ronaldo yang secara rasminya diperkenalkan sebagai pemain baharu Juventus berkata...

Dulu Tauke Kafe Siber,...

JAKARTA - Tujuh tahun lalu, Muhammad Bahrun Naim Anggit pernah mengendalikan sebuah kafe...

SC Pupuk Ekosistem Mudahkan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia merancang memupuk ekosistem mempermudah bagi membolehkan...

Piala Dunia: Peru Pulang Bergaya Meskipun Tersingkir

SOCHI, Russia – Rembatan kencang Andre Carrillo membenarkan Peru meraih gol sulung negara itu di Piala Dunia dalam tempoh 36 tahun sebelum kapten pasukan, Paolo Guerrero meledak jaringan kedua untuk menewaskan Australia 2-0, sebentar tadi.

Guerrero menjadi perencana jaringan Carillo pada minit ke-18 sekali gus menjadikan penyokong Peru meraikan detik bersejarah itu di Stadium Fisht meskipun sudah pun tersingkir awal untuk ke pusingan seterusnya.

Meskipun kecewa, namun Peru pulang dengan penuh gaya, meraih kemenangan pertama mereka di Piala Dunia sejak tewas 1-4 di tangan Iran pada temasya 1978 di Argentina.

Peru yang tidak beraksi di peringkat global untuk tempoh 36 tahun, mengakhiri saingan Kumpulan C dengan tiga mata, manakala Socceroos pulang dengan satu mata.


Perancis mengungguli kumpulan dengan tujuh mata manakala Denmark kedua (lima mata) selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0. – Reuters

Kategori