• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Peru Bawa 95 Ketulan Kokain Dalam Perut

oleh AK-47
20/05/2024
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Lelaki Peru Bawa 95 Ketulan Kokain Dalam Perut
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penahanan seorang lelaki warga Peru di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang membongkar cubaannya menyeludup dadah dengan cara menelan ketulan kokain, 17 Mei lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki itu ditahan kira-kira jam 8.30 pagi oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA selepas menerima maklumat daripada Polis Antarabangsa (Interpol).

Menurutnya, suspek berusia 20 tahun itu kemudian dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk menjalani imbasan x-ray dan disahkan oleh pegawai perubatan terdapat imej mencurigakan di dalam perutnya.

“Hasil pemantauan selama tiga hari di hospital, dengan menggunakan kaedah perubatan, suspek telah mengeluarkan 95 ketulan kapsul disyaki berisi dadah jenis kokain seberat kira-kira 1.1 kilogram (kg).

“Siasatan masih dijalankan sama ada dadah bernilai RM230,400 itu untuk pasaran dalam negara atau luar negara,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan awal disyaki suspek direkrut oleh sindiket sebagai keldai dadah.

Tambah Hussein, suspek menaiki penerbangan dari Peru dan transit ke Dubai sebelum tiba ke dalam negara.

“Difahamkan, suspek akan menunggu arahan daripada kartel dadah sama ada menyerahkan dadah kepada individu atau perlu transit ke negara lain,” ujarnya.

Tegasnya, suspek yang bekerja sebagai mekanik dan masih bujang itu telah direman tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Sinar Harian

Tags: kokainPeru
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bomba Hantar Pasukan Hazmat Ke China, Belajar Tentang Hidrogen

Next Post

PM Sampaikan Perutusan Negara, 9 Malam Ini

Related Posts

Polis Peru Selamatkan 123 Wanita, Gadis Daripada Eksploitasi Seksual

Polis Peru Selamatkan 123 Wanita, Gadis Daripada Eksploitasi Seksual

09/02/2025
0

LIMA: Polis Peru menyelamatkan 123 wanita dan kanak-kanak perempuan yang dieksploitasi secara seksual oleh sebuah geng Venezuela yang berkuasa, menurut...

Kokain Ditemui Di White House

Kokain Ditemui Di White House

06/07/2023
0

WASHINGTON – Dadah jenis kokain ditemui di ruang yang sering digunakan oleh pelawat dan bukan ketika Presiden Joe Biden serta...

Next Post
PM Sampaikan Perutusan Negara, 9 Malam Ini

PM Sampaikan Perutusan Negara, 9 Malam Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd