• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Jangan Beri Peluang Kepada Pemimpin BN

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Parti komponen Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya tidak memberi peluang dan ruang kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) yang keluar parti untuk menyertai PH, kata Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Perak, Muhammad Faeez Azahar.

Beliau berkata kemasukan dan sokongan bekas pemimpin BN kepada kerajaan PH tidak disambut positif oleh rakyat kerana dilihat mempunyai agenda dan kepentingan tertentu.

“Suasana ini berbeza dengan tindakan berani kepimpinan UMNO dan BN yang keluar parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dan berjuang bersama pimpinan Pakatan Harapan hingga menatijahkan kemenangan yang diperoleh ketika ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas tindakan Anggota Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali yang mengumumkan keluar daripada UMNO dan BN hari ini serta menyokong PH, Muhammad Faeez berkata disyaki mempunyai agenda tertentu dan bukan atas dasar kepentingan rakyat dan negara.

“Hari ini Dr. Noor Azmi mengumumkan keluar daripada UMNO dan mengisytiharkan menjadi seorang wakil rakyat Bebas dan beliau turut memberi bayangan untuk menyertai parti komponen Pakatan Harapan dalam masa terdekat.

“Pemuda Amanah Negeri Perak menerima khabar tersebut dengan penuh keraguan kerana semua sedia maklum pendirian, kenyataan dan tindakan beliau sebelum ini langsung tidak mencerminkan beliau seorang pemimpin bersama denyut nadi rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: BNpakatan harapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd