• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perisik AS Didakwa, Terima Habuan AS$800,000

oleh Ahmad Albab
05/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Seorang pegawai Agensi Perisikan Pertahanan (DIA) Amerika Syarikat (AS) didakwa semalam kerana menjual rahsia negara kepada China sebagai balasan menerima bayaran sekurang-kurangnya AS$800,000 (RM3.18 juta).

Jabatan Kehakiman berkata, Ron Rockwell Hansen, 58, dari Syracuse, Utah, ditahan Sabtu lalu ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma di sini untuk menaiki penerbangan ke China, bersama maklumat sulit.

Ia adalah siri tangkapan terbaharu pegawai AS yang didakwa mengintip bagi pihak Beijing.

Kertas pendakwaan mengatakan, Hansen, sudah bersara dari tentera AS ketika bekerja dalam perisikan isyarat.

Fasih berbahasa Mandarin dan Russia, dia direkrut pada 2006 untuk bekerja dengan DIA sebagai pegawai kes, seseorang yang merekrut dan menguruskan aset perisikan asing.

Berpusat di pejabat komersial di Beijing, China, Hansen membuat hubungan dengan perisik China dan selama beberapa tahun cuba menonjolkan dirinya dalam DIA dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sebagai ejen muka dua yang bertindak pada akhirnya untuk AS, kata pertuduhan.

Penyiasat mendapati, dia kerap bertemu dengan ejen perisikan China yang tidak pernah dilaporkan, menggunakan telefon sel diberi sumber China dan menyimpan maklumat sulit yang tidak sepatutnya diakses.

Mereka juga mendapati, Hansen mengalami masalah kewangan teruk dari 2013 dan 2016 dengan hutang mencecah ratusan ribu dolar.

Pada tempoh itu, dia menerima lebih AS$800,000 dalam bentuk bayaran dari China, sering kali wang tunai yang dibawa ke AS, namun tidak dapat dijelaskannya.

Menjelang awal tahun ini, FBI mendapat tahu, Hansen berusaha mendapatkan maklumat daripada rakannya berhubung kedudukan AS berkaitan Korea Utara dan Korea Selatan serta operasi ketenteraan dirancang ke atas China, untuk dijual kepada orang hubungan Beijing.

“Dakwaan tindakannya adalah pengkhianatan terhadap keselamatan negara dan rakyat Amerika serta penghinaan kepada bekas masyarakat perisikan,” kata Penolong Peguam Negara untuk Keselamatan Kebangsaan, John Demers.

Januari lalu, bekas ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA), Jerry Chun Shing Lee ditahan atas tuduhan dia menjual maklumat kepada China.

Bekas pegawai Jabatan Negara, Kevin Mallory ditahan tahun lalu kerana mengintip bagi pihak China manakala seorang diplomat AS lain, Candace Marie Claiborne, juga ditahan kerana menerima wang daripada pegawai perisikan China, walaupun tidak dituduh secara langsung membekalkan maklumat sebagai pertukaran itu. – AFP/BH ONLINE

Tags: ChinaPerisik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd