• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy Tumbang

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Parlimen Sepanyol semalam menggulingkan Perdana Menteri, Mariano Rajoy dalam undi tidak percaya yang didorong oleh kemarahan rakyat terhadap gejala rasuah yang membelenggu parti pemerintah pimpinan beliau.

Pengunduran Rajoy membuka laluan kepada seterunya, Pedro Sanchez daripada Parti Pekerja Sosialis untuk menjadi Perdana Menteri Sepanyol yang baharu.

Seramai 180 ahli Parlimen menyokong undi tidak percaya terhadap Rajoy sekali gus majoriti mutlak, menjadikan beliau Perdana Menteri pertama yang digulingkan sejak peralihan Sepanyol kepada demokrasi pada 1977.

Pemimpin berkaca mata berusia 63 tahun itu berdiri dan berjabat tangan dengan Sanchez lalu beredar selepas keputusan dibaca.

“Adalah satu penghormatan paling besar untuk menjadi Perdana Menteri Sepanyol,” katanya.

Sanchez, 46, mengemukakan usul undi tidak percaya pada minggu lalu selepas sebuah mahkamah Sepanyol mendedahkan rasuah yang diberikan kepada bekas pegawai PP bagi mendapatkan kontrak awam dari tahun 1995 hingga 2005.

“Kuasa politik anda, Rajoy sudah berakhir,” kata Sanchez, 46, yang merupakan bekas profesor ekonomi kepada Parlimen, Khamis lalu.

Bagi menjamin undi tidak percaya itu mendapat soko­ngan padu, Parti Pekerja Sosialis yang cuma memiliki 84 daripada 350 kerusi di Parlimen, cuba meraih sokongan parti-parti politik lain termasuk puak pemisah Catalonia dan parti Podemos.

Sanchez juga berjanji untuk mengadakan pilihan raya baharu sekiranya usul undi tidak percaya tersebut berjaya tetapi hanya selepas beliau memulihkan institusi kerajaan di Sepanyol. – AFP/Kosmo Online

Tags: Perdana MenteriSepanyol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

PM Anwar Seru Golongan Majoriti Selamatkan Malaysia – “Minoriti Yang Bising, Marah, Berhimpun, Tanam Kebencian, Fitnah”

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menggesa golongan majoriti rakyat negara ini bangkit menyelamatkan Malaysia daripada kelompok kecil yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd