Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Tetap Bentang Usul ‘Kecam’...

GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang tetap akan membentangkan usul bagi 'mengecam'...

Tindakan Tegas Jika Gula-Gula...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mengedar...

Polis Tahan Lelaki Bunuh...

JAKARTA - Polis menahan seorang lelaki berumur 34 tahun yang dipercayai membunuh anak...

Puding Diraja Pahang Menu...

KUALA LUMPUR - Makanan tradisional Melayu sentuhan peribadi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah...

Perak Menukar Pemain Import Akibat Cedera

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bertindak menukar pemain import selepas pemain bek tengah Robert Cornthwaite mengalami kecederaan.

Setiausaha Kehormat PAFA Ahmad Shahrul Azhar berkata pihaknya memilih pemain kebangsaan Lubnan, Jad Noureddine bagi menggantikan Cornthwaite dari Australia.

Katanya pertukaran itu dibuat selepas perbincangan dengan pihak pengurusan serta jurulatih.

“Apabila mendapat laporan bahawa Cornthwaite tidak dapat pulih dalam masa terdekat, persatuan berbincang dan memutuskan menggantikan beliau dengan pemain pertahanan dari Lubnan.

“Ini kuota Asia dengan tempoh tamat perpindahan pemain semalam, kami perlu membuat keputusan menggantikan Cornthwaite,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jad, 26, berkata walaupun tidak pernah beraksi dalam liga bola sepak Malaysia beliau tetap yakin mampu memberikan yang terbaik buat The Bos Gaurus.


“Dalam bola sepak, kami menyasarkan impian yang sama, berikan yang terbaik dan teruskan kemenangan,” katanya.

Pemain kelahiran Kherbet Selem, Lubnan itu akan bergandingan dengan Shahrul Mohd Saad, Amirul Azhan Aznan, Nazirul Naim Che Hashim dan Idris Ahmad bagi menguatkan lagi benteng pertahanan Perak.

Selepas mengharungi 13 perlawanan liga, Perak kini berada di tangga ketiga di belakang Pahang dan Johor Darul Ta’zim selaku pendahulu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAFA

Kategori