Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

Kit Siang Gembira Pelajar...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang seolah-olah memuji tindakan ratusan pelajar...

Lempang Kekasih ‘Gatal’ 41...

SEORANG wanita dilihat melempang teman lelakinya sebanyak 41 kali menerusi satu rakaman video...

Alkisah Akhbar Pro-Zionis Cuba...

MUNGKIN ramai kalangan kita masih ingat bagaimana pernah dalam satu ceramah politik, Anwar...

Pemimpin PAN Tuduh AirAsia...

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) menuduh AirAsia menggunakan taktik...

Pemilihan Sayap UMNO Berjalan Lancar

KUALA LUMPUR – Proses pemilihan sayap UMNO hari ini berjalan lancar tanpa ada gangguan yang boleh menggangu keputusan pengundian, kata Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata setakat ini ibu pejabat UMNO belum menerima sebaran laporan rasmi sebarang insiden, walaupun terdapat beberapa insiden didakwa berlaku di beberapa bahagian.

“Sebenarnya ada anggota jawatankuasa (AJK) pemilihan di semua peringkat dan kalau dapati ada keraguan boleh rujuk AJK pemilihan masing-masing. Semua aduan akan diteliti ibu pejabat UMNO sebelum tindakan susulan diambil,” katanya kepada sidang media di sini malam ini.

Perwakilan daripada 191 Bahagian UMNO menunaikan tanggungjawab masing-masing mengundi bagi memilih kepimpinan ketiga-tiga sayap parti tersebut dengan didahului mesyuarat perwakilan bermula pagi ini.

Mengenai perkembangan pengiraan undi, Ab Rauf berkata sehingga 9 malam ini, sebanyak 35 peratus undi daripada kesemua 191 bahagian telah diterima ibu pejabat dan dijangka sekurang-kurangnya jumlah itu akan mencecah 60 peratus pada tengah malam ini.

Katanya, keputusan penuh bagaimanapun bergantung kepada lima bahagian yang masih bermesyuarat selepas memulakan mesyuarat masing-masing 8 malam ini.


“Bergantung mesyuarat akhir sedang berjalan di beberapa bahagian, kalau tinggal dua (atau) tiga bahagian dan undi mereka tak mempengaruhi keputusan majoriti, saya akan umumkan (keputusan lebih awal),” katanya.

Ab Rauf berkata selain 74 ketua bahagian yang diumum Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tengahari tadi, beberapa jawatan lain di peringkat bahagian turut menyaksikan kemenangan tanpa bertanding.

Ini termasuk 108 orang ketua wanita Bahagian, 85 ketua pemuda Bahagian dan 126 orang bagi ketua puteri Bahagian. – BERNAMA

Kategori