Sample Page Title

KEPUTUSAN Tun Dr. Mahathir Mohamad mencalonkan bukan Melayu dan Islam sebagai Peguam Negara tidak diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Lapor The Malaysian Insight, keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk menolak satu-satunya cadangan nama oleh Pakatan Harapan (PH) iaitu Tommy Thomas sebagai Peguam Negara turut mendapat sokongan Raja-Raja Melayu.

“Sebaliknya, ada beberapa mesej dari Istana, meminta PH menggugurkan nama Thomas (dan) beberapa calon lain dikemukakan oleh Dr Mahathir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim Mahkamah Rayuan.

“Difahamkan Raja-Raja Melayu yang lain juga menyokong pendirian Yang Di-Pertuan Agong. Mereka dikatakan bertegas seorang peguam negara hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam,” memetik laporan yang dikeluarkan oleh portal tersebut.

Sejak 10 hari lalu, Perdana Menteri telah menulis kepada Agong memohon perkenan agar Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan Tommy yang dikatakan sebagai pakar perlembagaan.

Bagaimanapun, surat tersebut tidak mendapat sebarang perkenan Seri Paduka Baginda menunjukkan tanda tidak setuju.

Tommy Thomas merupakan peguam Chin Peng.

Dalam pada itu penulis politik yang juga merupakan penyokong Tun Mahathir turut membidas mengenai isu tersebut menyatakan Perlembagaan Persekutuan tidak mengatakan bukan Melayu dan bukan Muslim tidak boleh dilantik sebagai peguam negara.

Beliau juga menulis pelantikan kabinet dan pegawai kanan kerajaan adalah budi bicara mutlak Perdana Menteri.

Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Negara, Datuk A. Kadir Jasin turut menyentuh isu ini di blognya dengan menyatakan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan batas kuasa raja berperlembagaan.


Sementara itu, bekas Pengarah Komunikasi Strategik di Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak wajar memilih Tommy yang pernah mewakili tokoh komunis, mendiang Chin Peng.

“Peguam Negara sewajarnya dipilih dalam kalangan pengamal perundangan yang berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan sekali gus merupakan seorang yang berpegang teguh dengan ajaran Islam memandangkan agama Islam merupakan agama Persekutuan,” katanya menerusi laman sosial Telegram miliknya.

Tambahnya lagi, perkara seumpama itu bukan baru diadakan dan menganggap Perdana Menteri jelas menunjukkan sikap ‘memanjakan’ DAP dan tidak lagi dapat menolak permintaan DAP yang semakin melampau.

“Apa boleh buat, bila hanya ada 12 kerusi, pasti terpaksa tunduk dengan permintaan DAP yang mempunyai 42 kerusi,” katanya dalam satu kenyataan.

“Apa yang cuba dilakukan oleh Kerajaan PH yang majoritinya bukan Islam ini? Adakah mereka tidak sedar bahawa satu demi satu provokasi yang dilakukan oleh mereka boleh mengundang kemarahan pribumi yang merupakan majoriti rakyat negara ini?” soal Lokman. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Senarai Penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR : Berikut adalah senarai Anggota Jemaah Menteri mengikut susunan kekananan.Ikuti Mynewshub: TelegramPerdana Menteri...

Tiada Menteri Dari Perlis, Kelantan, Dan Terengganu

PETALING JAYA – Tiada Menteri dalam barisan Kabinet baharu yang dilantik dalam kalangan Ahli...

Dulu Menteri Pertahanan, Kini Mat Sabu Menteri Pertanian

PETALING JAYA – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu dilantik...

Nama Syed Saddiq Tiada Dalam Senarai Menteri Kabinet

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai kedudukan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq...

Tiada Jawatan Timbalan Menteri Diumumkan

PETALING JAYA : Pengumuman Kabinet kerajaan perpaduan menyaksikan tiada jawatan Timbalan Menteri diumumkan oleh...

Ewon Benedick, Armizan Wakil Sabah Dalam Kabinet Anwar

KOTA KINABALU : Dua wakil dari Sabah masing-masing dari Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan...

Fadillah Yusof Terajui Kementerian Perladangan Dan komuniti

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilantik...