• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBT Perlu Tubuh Unit Audit Keselamatan

oleh Ahmad Albab
10/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua pihak berkuasa tempatan perlu menubuhkan unit audit keselamatan khas untuk memantau serta memastikan kontraktor dan subkontraktor mematuhi garis panduan keselamatan yang ditetapkan dalam menjalankan kerja-kerja pembaikan atau penyenggaraan infrastruktur.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sering kali kontraktor dan subkontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja membaiki atau meningkatkan kemudahan awam seperti di jalan raya tidak mempedulikan aspek keselamatan orang ramai.

“Jalan-jalan yang dipasang penghadang untuk kerja-kerja pembinaan tidak diterangi lampu yang mencukupi pada waktu malam manakala papan tanda keselamatan juga agak kurang untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya.

“Lubang di permukaan jalan sering dilihat di luar kawasan yang dipasang penghadang dan ia menimbulkan bahaya kepada keselamatan pemandu dan penunggang motosikal yang melalui jalan tersebut setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pihak berkuasa tempatan juga perlu peka terhadap masalah jalan berlubang sekali gus mengambil tindakan segera untuk memperbaikinya tanpa menunggu aduan awam.

“Apa yang turut dikesali adalah jalan yang diturap semula berada dalam keadaan tidak memuaskan selepas kontraktor syarikat utiliti menyelesaikan kerja-kerja mereka.

“Turut menyedihkan, kerja penurapan yang dibuat adalah sambil lewa selepas kerja pemasangan kabel menyebabkan jalan menjadi beralun atau permukaannya pecah sekali gus menyumbang kepada peningkatan jalan berlubang,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, syarikat utiliti juga perlu bertanggungjawab dalam memastikan kontraktor mereka memberikan perhatian penuh kepada aspek keselamatan dan kesihatan awam.

“Kita perlu mempelajari kaedah dan sistem yang dipakai di Jepun mengenai kerja-kerja jalan yang begitu kemas dan bersih,” katanya. – BERNAMA

Tags: PBTTan Sri Lee Lam Thye
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) memohon agar pendekatan penguatkuasaan dilaksanakan secara...

Gagal Menang Trofi, Barcelona Pecat Xavi

Pegawai Penguat Kuasa PBT Minta Rasuah RM12,000 Ditahan SPRM

25/05/2024
0

PUTRAJAYA - Seorang pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan pada Jumaat disyaki terlibat dalam kes rasuah bernilai RM12,000....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd