• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Musa Umum Tanding Jawatan Timbalan Presiden

oleh Haris
10/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETUA Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa akan bertanding berdepan Datuk Seri Mohamad Hasan untuk jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti akan datang.

Jelas Annuar, keputusan itu selepas berbincang dengan pemimpin kanan parti di peringkat kebangsaan dan negeri, serta mengambil kira keadaan semasa parti.

“Saya dengan penuh rasa tanggungjawab memaklumkan bahawa saya akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO pada 30 Jun ini.

“Kepada Allah SWT saya berserah. Semoga segalanya berjalan dengan baik dan kesetiaan saya pada parti demi memperjuangkan agama, bangsa dan negara yang akan terus saya pertahankan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook peribadinya, semalam.

Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh itu buat masa ini hanya akan berdepan Mohamad yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.

Sebelum ini, Majlis Tertinggi UMNO menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO bermula pada 19 Mei 2018 sehingga 10 Jun 2018.

Manakala, mesyuarat UMNO di peringkat bahagian pula ditetapkan pada 30 Jun 2018 dan kesemua persidangan ini dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.

Setakat ini, hanya nama pemangku tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah mengesahkan akan bertanding untuk jawatan Presiden pada pemilihan akan datang.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kini menjadi pemangku timbalan presiden, telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding mana-mana jawatan tertinggi dalam UMNO.

Pencalonan untuk pemilihan UMNO ditutup pada 17 Jun ini dan pengundian akan berlangsung pada 30 Jun 2018. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Annuar MusaUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd