• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasar Tani Catat Jualan Hampir RM300 Juta

oleh Ahmad Albab
10/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melalui pasar tani di seluruh negara mencatat nilai jualan sebanyak RM296.7 juta bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak berkata nilai jualan itu melibatkan 724 lokasi pasar tani yang beroperasi membabitkan 30,800 peserta pasar tani di seluruh negara.

Katanya dalam konteks Perak, nilai jualan pasar tani adalah sebanyak RM3 juta di 32 pasar tani di seluruh negeri itu bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

“Impak kewujudan pasar tani dapat membantu mengurangkan kos sara hidup pengguna sekali gus mampu menjimatkan perbelanjaan pengguna sebanyak 20 hingga 30 peratus setiap bulan membabitkan nilai penjimatan sebanyak RM80 juta sebulan.

“Di samping menawarkan harga yang kompentitif kepada pengguna pasar tani juga dapat meningkatkan pendapatan usahawan, petani dan penternak,” katanya.

Ahmad bercakap kepada pemberita selepas perasmian Jualan Jimat Belanja Aidilfitri @ Pasar Tani yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Abdul Yunus Jamhari di pasar tani Kampung Simee di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad berkata sebanyak 12 pasar tani di negeri ini melaksanakan program berkenaan yang bermula sejak semalam sehingga 14 Jun ini.

Katanya antara pasar tani yang terlibat adalah pasar tani di Gerik, Tanjung Malim, Teluk Intan, Tapah, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Lenggong, Gopeng dan Ipoh.

Menurutnya sejumlah 102 ekor lembu, 10,848 ekor ayam, 3.9 juta biji kelapa dan 2,000 kilogram dijual di kesemua pasar tani itu sepanjang tempoh operasi pasar tani tersebut.

“Kita telah membuat persediaan rapi sejak tiga bulan lepas bagi memastikan bekalan bahan mentah mencukupi untuk memenuhi permintaan tinggi dan pengguna tidak perlu bimbang kerana bekalan bahan mentah mencukupi menjelang Aidilfitri minggu depan. – BERNAMA

Tags: FAMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd