• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen Mula Bersidang 16 Julai – Dr. Mahathir

oleh Ahmad Albab
06/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Parlimen akan bersidang buat pertama kalinya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 mulai 16 Julai selama 20 hari.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata sidang Parlimen itu akan bermula dengan pemilihan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan diikuti majlis mengangkat sumpah.

Beliau berkata pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Akta Anti-Berita Tidak Benar serta pindaan terhadap akta-akta lain akan dibentangkan pada sidang Parlimen itu.

“Ada beberapa pindaan kepada undang-undang yang lain yang akan kita umumkan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Perdana Putra di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata kerajaan akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V untuk berangkat merasmikan istiadat pembukaan sidang Parlimen pada 17 Julai dan melafazkan titah diraja.

Dr. Mahathir berkata peruntukan RM500,000 untuk anggota Parlimen kerajaan, RM100,000 untuk anggota Parlimen pembangkang serta peruntukan RM200,000 untuk pusat khidmat Anggota Parlimen akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Mengenai penurunan kuasa kepada Sarawak, Dr. Mahathir berkata kerajaan Persekutuan akan menghormati apa yang telah dijanjikannya.

Dalam kes Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) lawan kerajaan negeri Sarawak, beliau berkata “ia terserah untuk diputuskan mahkamah”.

Pada 4 Jun, Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak yang menerima notis daripada Pendaftar Mahkamah Persekutuan bahawa kerajaan negeri dinamakan sebagai pihak dalam satu saman oleh Petronas.

Perbadanan minyak nasional itu berkata ia telah memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan pengisytiharan mengenai Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) sebagai undang-undang yang terpakai bagi industri petroleum di Malaysia.

Syarikat itu memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa di bawah PDA, ia adalah pemilik eksklusif sumber petroleum di negara ini, termasuk Sarawak. – BERNAMA

Tags: Mahathir MohamadParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd