• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Papagomo Tanding Jawatan Exco Pemuda UMNO

oleh Haris
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penulis blog politik tempatan, Wan Muhammad Azri Wan Deris mengumumkan akan bertanding dalam barisan kepimpinan UMNO pada pemilihan jawatan parti yang akan datang.

Lapor portal mStar Online, Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo membuat pengumuman tersebut menerusi laman sosial Instagram peribadinya, malam semalam.

#inkjwetrust

A post shared by Sir Azri (@sir_azri_official) on Jun 5, 2018 at 12:46pm PDT

“Saya dengan ini menawarkan diri bagi jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan UMNO bagi penggal 2018-2021.

“Dengan penuh rendah diri, saya memohon sokongan semua ahli UMNO untuk memberikan saya peluang berkhidmat dan bangkit bersama barisan kepimpinan Pemuda UMNO,” katanya dalam entri tersebut.

Penulis blog berusia 36 tahun itu berkata, dia mengambil keputusan untuk bertanding bagi jawatan tersebut bagi mengembalikan kepercayaan, keyakinan dan sokongan rakyat terhadap UMNO.

Dalam masa sama, Muhammad Azri berkata dia mahu berganding bahu membantu tugas berat yang terpaksa dipikul Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk memenangi semula hati rakyat.

“Soal siapa Ketua Pemuda kelak adalah terserah kepada perwakilan. Tetapi untuk kita memenangi hati rakyat kelak adalah tugas berat yang KJ (panggilan Khairy) terpaksa pikul.

“Dan aku mahu membantu KJ dalam memastikan rakyat kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” tambahnya.

Sebelum ini, Papagomo berbakti dalam parti keramat Melayu berkenaan sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Wangsa Maju dari 2013 hingga 2018 selain menjadi Presiden NGO Malaysia Bumiputra Brotherhood sejak 2014 hingga kini.

Dalam pada itu, Khairy pula mengumumkan akan bertanding sebagai Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti hujung bulan ini.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebelum ini menetapkan tarikh persidangan tahunan cawangan termasuk pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri bermula 19 Mei hingga 10 Jun, manakala peringkat bahagian bermula 30 Jun depan.

Persidangan perlu dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di peringkat cawangan serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Papa GomoPemuda UMNOUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd