• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Raya: JBPM Kelantan Taksir Kerugian RM1 Juta

oleh Ahmad Albab
25/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menaksirkan kerugian harta sepanjang Op Raya Aidifitri yang bermula pada 9 Jun hingga 23 Jun lepas di negeri ini, mencecah RM1 juta.

Pengarahnya Nazili Mahmood berkata kesemua taksiran kerugian itu meliputi kes kebakaran dan kemalangan kenderaan sepanjang tempoh berkenaan.

“Kami menerima 165 panggilan membabitkan 100 kes kebakaran, 25 kes menyelamat dan 40 khidmat khas (kemalangan) yang melibatkan 84 cedera dan lima maut.

Tujuh puluh peratus daripada 100 panggilan kebakaran didapati berpunca daripada elektrik manakala faktor kemalangan berpunca daripada sikap pemandu dan faktor jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jun 2018 di Balai Bomba dan Penyelamat Machang di sini, hari ini.

Nazili berkata selain menerima panggilan kecemasan, pihaknya turut melakukan rondaan dan memberikan bantuan awal kepada pengguna jalan raya semasa operasi tersebut dilaksanakan.

Dalam perkembangan lain, Nazili berkata beliau mahu pegawai dan anggotanya lebih proaktif dan amanah dalam melaksanakan tugas di balai mahupun di lokasi kejadian.

“Kita juga mahu pengawai dan anggota JBPM negeri ini mempunyai semangat bekerjasama dalam melaksanakan tugas dan bersaing dengan negeri-negeri lain.

Lebih banyak inisiatif harus dilakukan bagi menghubungkan JBPM bersama masyarakat agar tugas dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan berkualiti apabila menghadapi sesuatu kes,” katanya. – BERNAMA

Tags: JBPMOp Aidilfitri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia, Uzbekistan Boleh Tumpu Bidang Berkait Kepentingan Umat Islam

Negara Perlu 84 Balai Bomba Baharu

19/05/2024
0

Melaka: Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)...

Operasi Padam Kebakaran Hutan Dekat Pos UPP Masih Diteruskan – JBPM Perak

Operasi Padam Kebakaran Hutan Dekat Pos UPP Masih Diteruskan – JBPM Perak

09/04/2024
0

IPOH : Operasi memadamkan kebakaran di kawasan hutan bukit seluas 10 hektar berhampiran Pos Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) dekat Gerik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd