• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Khas Motosikal : Penjawat Awam Positif Dadah Ditahan

oleh Ahmad Albab
14/06/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang penjawat awam antara tujuh yang ditahan kerana positif dadah jenis methamphetamin dalam Op Khas Motosikal yang dijalankan sempena Aidilfitri di Jalan Greentown hadapan Bangunan Persekutuan di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Penguatkuasaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak Azman Hashim berkata kesemua lelaki berumur antara 16 dan 29 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983.

Beliau berkata kadar kemalangan meningkat setiap bulan bukan hanya disebabkan masalah teknikal kenderaan tetapi kebanyakannya adalah kerana penyalahgunaan dadah semasa memandu.

“Penyalahgunaan dadah semasa memandu bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, malah turut membahayakan (nyawa) pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam sidang media selepas operasi itu.

Operasi selama dua jam bermula 9 malam itu membabitkan 84 anggota dan pegawai penguat kuasa, antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia, AADK, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Imigresen serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Sementara itu, Pengarah JPJ Perak Mohd Zawawi Zakaria berkata pihaknya telah memeriksa 1,081 motosikal dan 639 notis serta saman telah dikeluarkan menerusi Op Khas Motosikal di negeri itu selama dua hari mulai semalam.

“Daripada 639 saman itu, sebanyak 350 motosikal telah diambil tindakan atas 482 pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 antaranya tiada lesen memandu, tamat tempoh cukai jalan, tidak memakai helmet mengikut spesifikasi yang ditetapkan JKJR,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pada operasi hari ini pihaknya turut mengesan dua remaja lelaki bawah umur yang menunggang motosikal tanpa lesen.

“Seorang daripadanya memberitahu ayahnya membenarkan dia menunggang motosikal tersebut. Kita saman ayahnya yang juga pemilik motosikal itu,” katanya.

Katanya ibu bapa tidak sepatutnya membenarkan anak mereka yang tiada lessen menunggang motosikal bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. – BERNAMA

Tags: kes dadahPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd