• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NS Exco Ikrar Bantu Mangsa Gangguan Seksual

oleh AK-47
11/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengalaman menjadi mangsa gangguan seksual mendorong Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal, Keluarga dan Kebajikan Wanita negeri, Nicole Tan Lee Koon, menggesa pihak berkuasa lebih sensitif menangani isu itu.

Beliau berkata, kebimbangan mangsa mengenai bagaimana kes gangguan seksual disiasat pihak berkuasa menghalang mereka untuk tampil membuat aduan.

“Saya seorang mangsa gangguan seksual tahun lalu. Walaupun menjadi aktivis sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berjuang untuk hak wanita, saya tidak terkecuali daripada menjadi mangsa.

“Saya terpaksa membuat laporan secara terbuka (di balai polis). Ada anggota tidak begitu mengambil serius laporan saya dan siasatan dilakukan secara terbuka di lokasi kejadian menyebabkan ramai orang yang tidak tahu, kini tahu kejadian menimpa saya.

“Keadaan ini memalukan saya. Sepatutnya, bilik khas perlu disediakan untuk mangsa membuat laporan dan mereka dilayan dengan lebih sensitif demi melindungi maruah mereka.

“Saya harap garis panduan menangani gangguan seksual dikaji semula oleh pihak berkuasa supaya tidak menghalang mangsa daripada menuntut keadilan,” katanya selepas melancarkan kempen Pengurusan Emosi dan Hentikan Keganasan Terhadap Wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za’aba di sini, hari ini.

Mengimbas kembali pengalamannya, Lee Koon berkata, gangguan seksual ke atasnya membabitkan seorang rakan lelaki di sebuah premis di bandar ini, kononnya sekadar untuk bergurau.

“Itu kali pertama saya menghadapinya, saya terkejut dan tergamam. Diperlakukan sedemikian, tidak kira bagaimana kecil orang lain melihatnya, gangguan seksual bukan gurauan. Tiada wanita sepatutnya menerima gangguan sedemikian sebagai jenaka.

“Saya membuat laporan polis dan lelaki itu dikenakan tindakan. Itu bukan masa yang membanggakan saya, tetapi saya akan terus berkongsi pengalaman ini untuk membantu orang lain,” katanya.

Beliau berkata, sejumlah 2,783 kes keganasan termasuk gangguan seksual terhadap wanita dilaporkan dari 2010 hingga 2017 di negeri ini.

“Saya percaya bilangannya lebih daripada itu. Banyak mangsa di luar sana yang terlalu takut untuk membuat laporan kerana kurang pengetahuan mengenai sistem sokongan yang disediakan untuk mereka.

“Kami akan menganjurkan lebih banyak perbincangan mengenai isu wanita untuk mendidik wanita mengenai kepentingan melindungi diri daripada menjadi mangsa keganasan termasuk gangguan seksual,” katanya. – BH Online

Tags: Isu Gangguan Seksualsensitif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakaian Tidak Patut Jadi Alasan Isu Gangguan Seksual

10/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Pakaian seseorang wanita tidak harus dijadikan sebagai alasan berlakunya isu gangguan seksual, kata Menteri Belia dan Sukan,...

Demi Pasaran Radio, Zizi Perlu Ubah Lirik Sensitif

04/01/2018
0

LIRIK lagu yang agak 'pedas' membuatkan penyanyi Zizi Kirana perlu menukar beberapa bait lirik lagu Boleh Jalan nyanyiannya, bagi mendapat kebenaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd