• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Kutuk Muhyiddin Mahu Bertindak Ke Atas Zakir

oleh
06/06/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALAHAI…. Belum cukup sebulan berkuasa, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat makin ‘melalut’ dalam segala tindakan mereka dan lebih berbaur politik balas dendam terhadap pentadbiran lama.

Terbaharu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melawat ibu pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman, ibu negara semalam memberi amaran terhadap pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Abdul Karim Naik.

Beliau yang juga Presiden PPBM, sebuah parti kecil komponen PH; dengan nada tegas mendakwa bahawa ulama berasal dari India itu juga tidak akan terlepas daripada tindakan sekiranya melanggar undang-undang Malaysia.

“Saya fikir dari pandangan sama ada dia (Zakir) warganegara atau tidak, masih tertakluk kepada undang-undang. Jika beliau didapati tidak mengikut undang-undang sudah tentu kita ambil tindakan yang perlu,” kata Muhyiddin.

Beliau dipercayai mungkin merujuk kedudukan Zakir yang pernah diberi status sebagai pemastautin tetap (PR) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dan dilindungi daripada ancaman liar kumpulan pelampau anti-Islam.

Baca: Interpol Batal Notis Merah Bukti Zakir Bukan Ancaman

Juga: India Batal Pasport, Tapi 10 Negara Tawar Kerakyatan

Muhyiddin yang ternyata kurang selesa dengan isu itu berkata, walaupun Zakir ada status PR, pendakwah itu masih lagi tertakluk pada undang-undang sama ada berkaitan isu agama, jenayah dan tidak akan dilindungi kerajaan PH.

Untuk rekod, Zakir yang merupakan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 Peringkat Kebangsaan, telah disiasat pihak berkuasa India sebelum ini atas dakwaan pengubahan wang haram dan jenayah berkaitan keganasan.

Pemerintah India mendakwa kononnya penceramah berusia 53 tahun itu membiayai aktiviti keganasan dan Agensi Penyiasatan Kebangsaan negara tersebut memfailkan tuduhan terhadapnya di sebuah mahkamah, minggu lepas.

Pada 8 November tahun lalu, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan BN tidak menerima permohonan ekstradisi daripada India untuk menghantar Zakir bagi didakwa di negara tersebut.

Terkesan dengan kenyataan Muhyiddin itu, ramai netizen mengutuk langkah beliau sebagai terburu-buru, walhal Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol) pun sudah menarik balik notis amaran merah terhadap Zakir sendiri.

Baca: Tiada Menteri Agama! Adakah Jakim Bakal Turun Taraf?

Juga: Bukan Muslim Kini Dominasi Kerajaan Baharu Malaysia

Kini, ‘warna’ sebenar kerajaan PH mulai terbongkar satu demi satu dan jaminan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad konon pentadbiran beliau memelihara syiar Islam sudah menjadi bahan jenaka dalam kalangan rakyat.

Mungkinkah ada ‘tangan ghaib’ dalam kerajaan baharu ini yang jelas agenda tersirat dan sebenarnya musuh Islam demi mengaburi penyokong tegar mereka kononnya imej PH sebagai mesra Islam? – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Zakir Naik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hina Zakir Naik: K Senthivelu Akan Dipanggil Polis

06/01/2020
0

SEREMBAN - Polis akan memanggil Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), K Senthivelu bagi membantu siasatan susulan lima laporan yang diterima...

Soalan Peperiksaan Guna Nama Zakir Naik Tak Salah

06/01/2020
0

SHAH ALAM - Pihak yang mencetuskan kontroversi sehingga mewujudkan provokasi terhadap isu soalan Kursus Hubungan Etnik (UUW235) Universiti Malaysia Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd