• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Soalan Peperiksaan Guna Nama Zakir Naik Tak Salah

oleh
06/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pihak yang mencetuskan kontroversi sehingga mewujudkan provokasi terhadap isu soalan Kursus Hubungan Etnik (UUW235) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) disaran untuk ‘belajar’ terlebih dahulu.

Pensyarah Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr. Ridhuan Tee Abdullah berkata, garis panduan dan tata cara menyediakan soalan objektif serta soalan esei juga perlu dirujuk dan bukannya terus menjatuhkan hukum.

Menurutnya, sebarang bentuk provokasi yang hanya akan menimbulkan ketegangan kaum wajar dihentikan segera.

“Soalan itu dalam lingkungan subjek dan tak ada unsur-unsur menghina, jadi tiada masalah. Kalau dilihat dengan hati yang terbuka pada saya ia tak ada masalah.

“Pihak yang cuba menimbulkan masalah ini sebab mereka cuba nak menangguk di air yang keruh. Pada saya mereka sengaja nak memperbesarkan isu untuk mendapatkan ‘mileage’ politik dan memburuk-memburukkan keadaan.

“Saya fikir hentikanlah perkara ini. Kalau nak siasat, pergilah ke sekolah persendirian Cina yang cikgunya kadang-kadang menimbulkan isu-isu yang sangat sensitif ketika mengajar tapi kita tak ambil cakna pun,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, soalan yang mengaitkan pendakwah kontroversi, Dr. Zakir Naik tidak wajar menjadi asas ketakutan bukan Islam.

Ridhuan Tee berkata, walaupun nama Dr. Zakir tiada dalam buku teks, namun namanya tidak menjadi kesalahan untuk dijadikan soalan kerana individu tersebut telah menjadi perbincangan hangat dalam dunia akademik dan orang awam.

“Jika begitu keadaannya, adakah salah guna nama Dr. Zakir dalam soalan peperiksaan? Jawapan mudah, tidak salah.

“Bagaimana dengan komunis? Kejam dan sangat berbahaya, adakah soalan pasal komunis tidak boleh dijadikan soalan esei atau MCQ?

“Antara Dr. Zakir dgn komunis, mana lebih bahaya? Sudah tentu komunis. Sebab itu, pada saya, soalan tentang Dr. Zakir adalah isu tersangat kecil,” katanya.

Pada Sabtu lalu, UniMAP menjelaskan soalan Kursus Hubungan Etnik (UUW235) yang menjadi kontroversi baru-baru ini adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Ir. Ts Dr. R Badlishah Ahmad berkata, UniMAP menjalankan siasatan terperinci menerusi satu jawatankuasa dianggotai oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Penasihat Undang-Undang, Pendaftar, Dekan Pusat Pengajian dan Dekan Pengurusan Akademik.

Katanya, berdasarkan siasatan terperinci yang dijalankan, panel penilai soalan yang dilantik oleh UniMAP terdiri daripada pelbagai bidang akademik dan kaum malah kesemua soalan dalam kertas peperiksaan adalah selari dengan tajuk ‘Cabaran-cabaran Hubungan Etnik dan Isu-Isu Semasa’. – Sinar Harian

Tags: soalan peperiksaanUniMAPZakir Naik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Saya Encik, Saya Yang Bawa…”

Next Post

PRK Kimanis: Tak Ubah Status Quo, Medan Lonjak Moral Parti

Related Posts

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

08/02/2025
0

KANGAR: Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton X50 ketika sedang berbasikal di Jalan...

PTPTN Sampai Sumbangan Tablet Kepada Penuntut UiTM, Unimap

18/04/2022
0

ARAU : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyumbang sebanyak 50 unit tablet kepada pelajar dalam kalangan golongan berpendapatan rendah...

Next Post

PRK Kimanis: Tak Ubah Status Quo, Medan Lonjak Moral Parti

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd